Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

Operasi Besar-Besaran Buru PATI...

KUALA LUMPUR - Jabatan Imigresen akan melakukan operasi besar-besaran bagi membanteras kebanjiran pendatang...

Piala AFF Suzuki: Mufti...

MUFTI Perlis, Datuk Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin harap jemaah menteri yang bermesyuarat...

475 Mangsa Banjir Masih...

JOHOR BAHRU - Setakat jam 8 pagi tadi, seramai 475 mangsa banjir daripada...

Ekonomi Rakyat Makin Tenat

1. PADA ruangan kali ini, Dewan Pemuda IKATAN Malaysia ingin mengutarakan masalah ekonomi...

Mas Ermieyati Umum Sertai Bersatu

MELAKA – Anggota Parlimen Masjid Tanah, Datuk Mas Ermieyati Samsudin, yang juga bekas Ketua Pergerakan Puteri UMNO hari ini mengumumkan menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

Mas Ermieyati menerusi kenyataan hari ini berkata penyertaannya ke dalam parti itu dibuat atas dasar mahukan yang terbaik untuk pengundi Masjid Tanah dan sentiasa mencari solusi yang lebih berkesan dalam membela kepentingan mereka.

“Saya sentiasa mahukan yang terbaik untuk pengundi Masjid Tanah dan sentiasa mencari solusi yang lebih berkesan dalam membela kepentingan mereka. Maka atas dasar inilah, setelah bermuhasabah dan memikirkan sedalamnya, saya mengambil keputusan untuk menyertai Parti Pribumi (Bersatu).

“Saya berharap dapat turut sama membantu usaha Bersatu selaku parti komponen kerajaan dalam melaksanakan agenda pemerkasaan wanita muda, di samping bersikap lebih terbuka dalam memperjuangkan nasib belia supaya mereka dapat merasai satu kehidupan yang lebih baik dan juga untuk mewujudkan masa hadapan yang lebih cerah bagi Malaysia,” katanya.

Beliau berkata inilah jalan terbaik dalam kerangka Malaysia yang majmuk dan berterima kasih kepada Pengerusi Bersatu Tun Dr Mahathir Mohamad serta kepimpinan parti itu menerima kemasukannya.


Katanya beliau turut mengucapkan terima kasih kepada mereka yang telah membantunya, terutama di Parlimen Masjid Tanah, yang banyak membantunya sepanjang berkhidmat sebagai anggota parlimen di kawasan itu.

“Semoga Malaysia baharu ini akan mewujudkan budaya politik lebih matang dan inklusif, di samping meletakkan tadbir urus dan integriti sebagai keutamaan. Sudah tiba masanya semua pihak tanpa mengira fahaman politik dapat mencari satu titik persamaan demi kepentingan rakyat,” katanya. – BERNAMA

Kategori