Wednesday, January 22, 2025

Creating liberating content

Lima Ditahan Dalam Op...

TAIPING - Lima lelaki ditahan kerana disyaki positif dadah dalam Op Bersepadu Kenderaan...

Mahkamah Rayuan Bebas Cif...

PUTRAJAYA - Seorang pegawai polis hari ini dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Rayuan...

Polis Tahan Majikan, 31...

MIRI – Seorang majikan serta 31 orang warga asing, termasuk seorang kanak-kanak perempuan...

27 Kementerian Selesai Gulung...

KUALA LUMPUR - Minggu kedua persidangan Dewan Rakyat menyaksikan Ahli Parlimen pembangkang dan...

Mayat Mangsa Kebakaran Tidak Dikebumi Dalam Masa Terdekat

IPOH – Mayat kesemua mangsa yang maut dalam kebakaran di kawasan perindustrian Puncak Jelapang Maju, Meru di sini semalam dijangka tidak dapat dikebumikan dalam masa terdekat memandangkan masih ada prosedur yang perlu dipatuhi.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Hal Ehwal Pengguna, Integrasi Nasional dan Sumber Manusia Perak, A. Sivanesan berkata, antaranya ialah proses pengecaman mayat termasuk melalui rekod pergigian.

“Setakat ini tiga mangsa sudah selesai dibedah siasat manakala tiga lagi akan dibedah siasat secepat mungkin dan selepas selesai (bedah siasat) kesemua mangsa akan diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya,” katanya pada sidang akhbar di Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di sini hari ini.

Dipercayai mereka yang maut ialah P. Thiagarajun, 40 yang dipercayai pemilik premis dan lima pekerja sambilan iaitu Mohd Nor Aiman Abdul Rahman, 16; Mohamad Nor Ikram Mohd Husni, 15; Mohd Ikhmal Izzudin Mohd Kamari, 16; Ahmad Faizal Amiruddin, 16 serta Mohamad Azhar Shah Rosli, 19 tahun.

Sivanesan berkata, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia negeri masih berusaha mengenal pasti punca kebakaran seunit rumah kedai dua tingkat itu yang berlaku kira-kira 1.54 tengah hari semalam. – BERNAMA

Kategori