Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

India Haram Wang 500...

NEW DELHI - Pemerintah India pada Rabu bertindak menarik balik edaran wang kertas...

15 Kes Denggi Dalam...

IPOH - Laporan berhubung 15 kes demam denggi di sekitar kawasan Taman Tasek...

Kontrak Kerajaan Diperoleh Bumiputera...

KUALA LUMPUR - Kontrak kerajaan yang diperoleh syarikat Bumiputera akan terbatal sekiranya ia...

Mari.. Mari.. RM2 Je...

MURAH giler!!!Itu ayat yang dijerit penulis apabila mengetahui ada sebuah kedai makan yang...

Mayat Mangsa Letupan Dibawa Balik Ke P.Pinang

BUTTERWORTH – Jasad mendiang Chin Hsien Loong yang maut dalam tragedi letupan gas di pusat beli-belah CityOne Megamall di Kuching, Sarawak semalam dijangka dibawa pulang ke rumah keluarganya di Taman Kimsar, di sini esok.

Bapa saudaranya Hock Meng Chin berkata jasad mendiang berusia 29 tahun itu dijangka tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang pada 7.30 malam esok dan seterusnya dibawa ke rumah keluarganya terlebih dahulu untuk upacara penghormatan terakhir sebelum upacara pengebumian.

“Upacara pengebumian anak saudara saya yang mesra dipanggil Steven itu akan dilakukan pada Sabtu dan semua anggota keluarga serta sahabat handai boleh hadir memberi penghormatan terakhir kepada mendiang pada hari berkenaan,” katanya ketika dihubungi, di sini hari ini.

Katanya ketika ini keluarga mangsa sedang menyelesaikan urusan menuntut mayat Chin di Hospital Umum Sarawak di Kuching.

Katanya difahamkan Chin ke Sarawak bagi menjalankan kerja-kerja pengubahsuaian di sebuah restoran makanan Korea yang sepatutnya dibuka secara rasmi hari ini.

Tinjauan Bernama di rumah mangsa mendapati nenek mangsa yang berada di rumah itu enggan ditemu bual dan hanya memaklumkan ibu bapa mangsa telah bertolak ke Kuching untuk urusan menuntut mayat Chin yang masih bujang.

Sementara itu, jiran keluarga tersebut yang hanya mahu dikenali sebagai Lee berkata dia terkejut dengan kejadian yang menimpa Chin sebaik dimaklumkan oleh anaknya.


Katanya mereka berjiran dengan keluarga Chin sejak 10 tahun lepas dan dia menganggap mangsa seperti anak sendiri.

“Steven anak sulung daripada tiga beradik, dia anak yang baik dan mesra dengan jiran-jiran di sini. Adik perempuannya belajar di Australia dan mereka baru sahaja pergi ke Kuching melawatnya dua bulan lepas,” katanya yang memaklumkan kali terakhir bertemu dengan mendiang dua bulan lepas ketika pulang bercuti.

Dalam kejadian 3.30 petang semalam itu, tiga lelaki maut dan 44 orang cedera.

Selain Chin, dua lagi mangsa yang maut dikenali sebagai O Kui Lim, 49, dan Tchee Kiom Joong, 24, kedua-duanya dari Kuching. – BERNAMA

Kategori