Monday, October 28, 2024

Creating liberating content

Azmin Ali Tidak Berniat...

Berita baik untuk rakyat Lembah Klang, Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali hari...

Malam 7 Likur Serlahkan...

MELAKA - Malam tujuh likur menyerlah keunikan budaya Melayu kepada pelancong yang datang...

Kumpulan Pertama 276 Jemaah...

KUCHING - Kumpulan pertama 276 jemaah haji dari Sarawak berlepas ke Tanah Suci...

Jururawat Campak Penghuni Tua...

TOKYO - Seorang jururawat lelaki sebuah rumah jagaan orang tua ditahan semalam, kerana...

MBI Selangor Komited Promosi Smart Selangor

BANTING – Perbadanan Menteri Besar (MBI) Selangor, komited untuk terus mempromosi program Smart Selangor kepada rakyat sebagai usaha untuk menjadikan Selangor sebagai negeri pintar di rantau Asia menjelang 2025.

Ketua Pegawai Eksekutif perbadanan itu, Raja Shahreen Raja Othman berkata langkah itu perlu supaya rakyat Selangor memanfaatkan sebaiknya pelbagai inisiatif yang diperkenalkan kerajaan negeri di bawah program berkenaan bagi meningkatkan kualiti kehidupan mereka.

“Kerajaan Negeri memberikan mandat kepada MBI Selangor untuk menjadikan visi Smart Selangor sebagai satu realiti…..dengan komitmen kerajaan negeri, pelbagai inisiatif telah diwujudkan untuk menjadi pemangkin ekonomi dan sosial masyarakat,” katanya ketika berucap di jelajah program 360 Smart Selangor yang dirasmikan anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Banting Lau Weng San di Pantai Morib di sini, hari ini.

Beliau berkata selain itu program Smart Selangor juga dilihat mampu menghubungkan rakyat secara terus kepada pentadbiran negeri dan pada masa yang sama ‘service delivery’ kerajaan negeri dapat ditingkatkan.

Katanya antara insitiatif yang diperkenalkan di bawah program itu sejak 2015 ialah sistem ‘Intelligent Response Selangor’ (bagi melaporkan kes jalan berlubang), Wifi Smart Selangor dan Smart Waste Management.


Mengulas mengenai program jelajah itu, Raja Shahreen berkata ia bertujuan memberi pendedahan mengenai program Smart Selangor selain menyampaikan agenda kerajaan negeri kepada rakyat.

“Pelbagai program dan aktiviti menarik disediakan dalam program sehari ini untuk para pengunjung. Mereka bukan sahaja dapat pendedahan kepada agenda Smart Selangor, tetapi kami juga mahu rakyat Selangor mengenali inisiatif kerajaan negeri dalam keadaan yang lebih santai dan meriah,” katanya. – BERNAMA

Kategori