Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Takutkan Islamisasi Punca Tulisan...

KUALA LUMPUR - Dong Zong berkata pendokong sekolah jenis kebangsaan (SJK) menolak pengenalan...

Tengku Abdullah Saran Masjid...

MASJID tidak seharusnya menjadi tempat beribadah semata-mata sebaliknya institusi ini perlu digunakan sebaiknya...

Bauksit: Jangan Ganggu Siasatan...

KUANTAN - Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob menggesa semua pihak agar...

Video: Guru Wanita Berentap...

SEORANG guru wanita di Johor berjaya mempertahankan dirinya dalam kejadian samun awal pagi...

Mohamad Hasan Antara Pemimpin UMNO Suara Hasrat Keluar Parti

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini mengesahkan beberapa pemimpin UMNO termasuk Timbalan Presiden parti tersebut Datuk Seri Mohamad Hasan telah berjumpa dengannya menyatakan hasrat meninggalkan parti.

Dr Mahathir yang juga Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) berkata pemimpin UMNO tersebut datang berjumpanya bagi meminta nasihat beliau untuk mereka meninggalkan UMNO.

“Mereka hanya datang berjumpa saya dan beritahu yang mereka mahu meninggalkan UMNO. Mereka minta nasihat saya. Itu saja,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Sambutan 20 Tahun Muzium Kesenian Islam di Yayasan Albukhary, di sini hari ini.

Dr Mahathir berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai gambar beberapa pemimpin tertinggi UMNO bertemu beliau yang menjadi viral sejak semalam.

Namun Mohamad semalam berkata foto tersebut adalah foto lama dan beliau tidak akan lompat parti.

Selain Mohamad, turut berada dalam gambar tersebut adalah Tan Sri Noh Omar, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, Datuk Seri Hamzah Zainuddin dan Datuk Seri Shahidan Kassim. – BERNAMA

Kategori