Monday, October 14, 2024

Creating liberating content

Video: Amy Search Terseliuh...

TERJATUH ketika mengadakan persembahan sebenarnya, bukanlah satu perkara asing buat penghibur dan penyanyi. Malang...

Remaja Tidak Sentuh Makanan...

Seorang remaja anorexia hampir maut selepas tidak makan dan minum selama seminggu dalam...

Mangsa Ribut Di Yan...

YAN – Mangsa ribut membabitkan lebih 40 rumah di beberapa kampung di daerah...

Kerajaan Rancang Gubal Undang-Undang...

KUALA LUMPUR - Kerajaan merancang untuk menggubal rang undang-undang berkaitan hak-hak wanita seperti...

MRT Corp Pertama Di Asia Capai Akreditasi BIM Tahap 2

KUALA LUMPUR – Mass Rapid Transit Corporation Sdn Bhd (MRT Corp), pemilik dan pemaju Projek MRT Lembah Klang (KVMRT) merupakan pemaju infrastruktur pertama di Asia yang berjaya mencapai Akreditasi Tahap 2 dalam penggunaan Pemodelan Maklumat Bangunan (BIM).

Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif MRT Corp Datuk Najmuddin Abdullah berkata akreditasi merupakan satu pencapaian yang besar bukan sahaja untuk Projek KVMRT malah industri pembinaan Malaysia secara keseluruhan.

“Akreditasi ini bermakna bahawa projek dan organisasi kami telah mencapai tahap kecekapan dan keseimbangan berdasarkan piawaian yang diiktiraf di peringkat antarabangsa,” kata beliau dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Akreditasi itu, mengikut British Standards telah disampaikan oleh Lloyd’s Register, sebuah persatuan klasifikasi antarabangsa terkenal yang menyediakan perkhidmatan profesional bagi kejuruteraan dam teknologi untuk penggunaan BIM Tahap 2 bagi Laluan MRT Sungai Buloh-Serdang-Putrajaya (SSP).

Najmuddin berkata, MRT Corp, sebagai pemaju projek infrastruktur terbesar dalam negara, berada dalam kedudukan yang baik untuk menerajui masa depan digital dalam industri pembinaan di Malaysia.

“Akreditasi ini juga telah meletakkan MRT Corp dalam proses pensijilan ISO 19650 bagi organisasi dan pendigitalan maklumat mengenai bangunan dan kerja-kerja kejuruteraan awam termasuk BIM,” kata beliau.

BIM ialah proses mewujudkan dan menguruskan representasi digital model 3D dan maklumat berkaitan untuk menyokong proses membuat keputusan sepanjang kitaran hayat projek.


“Dengan kawalan dan pengurusan yang betul, proses BIM akan mengurangkan bilangan konflik reka bentuk untuk mengelakkan kos kerja pembaikan yang tinggi,: kata beliau.

Beliau berkatab BIM Tahap 2 melibatkan penggunaan model 3D dan maklumat yang dikongsi bersama dengan semua pihak berkepentingan projek melalui pangkalan data yang sama iaitu Persekitaran Data Bersama (CDE) berbanding BIm Tahap 0 dan BIM Tahap 1 yang tidak menyediakan platform kerjasama.

Bagi penggunaan BIM untuk Laluan SSP, sebanyak 2.3 terabait maklumat disimpan dalam Persekitaran Data Umum, berasaskan awan, yang terdiri lebih daripada 70,000 laman model 3D, 200,000 lukisan dan 30,000 dokumen.

Data-data ini sentiasa digunapakai secara berterusan oleh lebih 700 pengguna dari pelbagai organiasi yang terlibat dalam projek tersebut. – BERNAMA

Kategori