Wednesday, January 22, 2025

Creating liberating content

Lokman Adam Ahli Politik...

KUALA LUMPUR - Bekas Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Lokman Noor...

Perangi Berita Palsu Antara...

KUALA LUMPUR - Pengamal media hari ini menyatakan komitmen kukuh untuk memerangi habis-habisan...

Mahathir Nafi Kerajaan PH...

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad hari ini berkata, kerajaan...

Mahkamah Rayuan Ingatkan Najib...

PUTRAJAYA : Mahkamah Rayuan hari ini membenarkan permohonan Datuk Seri Najib Razak meminda...

Anggota Bomba Muhammad Adib Meninggal Dunia

KUALA LUMPUR – Muhammad Adib Mohd Kassim, anggota bomba yang cedera dalam insiden rusuhan di kuil bulan lalu, meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN) pada 9.41 malam ini.

Perkara itu disahkan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Zuraida Kamaruddin kepada pemberita di IJN.

Beliau berkata jenazah akan dibawa ke Balai Bomba dan Penyelamat Jalan Hang Tuah di ibu negara esok untuk penghormatan terakhir sebelum dibawa ke Kedah dan dijangka dikebumikan selepas solat Zohor.

“Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang beriman,” kata Zuraida.

Dalam kejadian awal pagi 27 Nov lalu, Muhammad Adib, 24, yang juga anggota Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Subang Jaya, cedera parah dipercayai dipukul sekumpulan perusuh di hadapan kuil Sri Maha Mariamman, USJ 25, Subang Jaya.

Allahyarham pada asalnya dirawat di Pusat Perubatan Ramsay Sime Darby, Subang Jaya sebelum dipindahkan ke IJN.


Zuraida berkata jenazah Allahyarham akan diuruskan di IJN, terletak di Jalan Tun Razak, malam ini.

“Anggota keluarga Muhammad Adib berada di sisinya ketika arwah menghembuskan nafas terakhir malam ini,” katanya. – BERNAMA

Kategori