Wednesday, January 22, 2025

Creating liberating content

Bas Pelancong Terbalik, 30...

SUNGAI BULOH - Kira-kira 30 penumpang bas pelancong dari Ipoh, Perak, nyaris maut...

Akaun Hasil Disatukan: Guan...

KUALA LUMPUR - Dakwaan kerajaan Pakatan Harapan (PH) cekap pengurusan kewangan kerana berjaya...

Hefner Tawar Jual Playboy...

LOS ANGELES - Rumah Agam Playboy yang dikenali kerana penganjuran parti liar paling...

Mayat Bayi Ditemui Dalam...

KUALA TERENGGANU - Mayat seorang bayi yang masih bertali pusat ditemui terapung dalam...

MyCC Siasat Isu Kenaikan Harga Telur Ayam

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) sedang bekerjasama dengan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) bagi mengenalpasti sebarang elemen anti-persaingan yang mungkin berlaku di dalam pasaran telur ayam tempatan.

Selain isu pencatutan yang mungkin menjadi penyebab kepada isu kenaikan harga telur ayam, MyCC akan melihat kepada perlakuan anti persaingan yang diamalkan oleh perusahaan seperti kartel penetapan harga, pembahagian kawasan persaingan dan menghadkan pengeluaran secara sengaja.

“MyCC akan menggunakan segala kuasanya yang ada di bawah Akta Persaingan 2010 untuk bekerjasama rapat dengan pihak berkepentingan yang relevan dan tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana perusahaan yang terlibat dalam sebarang kegiatan kartel demi memastikan kesejahteraan serta kepentingan pengguna di Malaysia kekal terpelihara,” kata Ketua Pegawai Eksekutif MyCC Iskandar Ismail dalam kenyataannya hari ini.

“Kita juga akan mengambil kira harga harian dan jumlah pengeluaran telur ayam dalam menilai perkara ini,” kata beliau lagi.

Sebagai tambahan, mereka akan melihat dengan teliti aktiviti mengeksport telur ayam ke pasaran luar negara yang semakin meningkat kebelakangan ini. – BERNAMA

Kategori