Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

Japan Railway Group Sediakan...

Prihatin dengan ibadah solat yang ingin ditunaikan oleh para pelancong beragama Islam, Japan...

Bekas CEO 1MDB Akan...

KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang meneliti laporan Jawatankuasa Kira-Kira Wang...

MCMC Terima Lebih 6K...

IPOH - Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) menerima sebanyak 6,725 aduan mengenai...

Malaysia Street Dinamakan Di...

PETALING JAYA - Palestin memberi kejutan kepada Malaysia sempena Hari Kebangsaan ke-64 dengan...

Najib Ke SPRM Isu Pindaan Laporan Audit 1MDB

PUTRAJAYA – Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini hadir di ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di sini dipercayai bagi membantu siasatan berhubung dakwaan pindaan pada laporan akhir audit 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Ketibaan beliau pada kira-kira 10.30 pagi tidak disedari petugas media yang menunggu di pintu utama bangunan suruhanjaya itu namun kehadirannya dimaklumkan oleh jurucakap SPRM.

Pada 25 Nov lepas, Ketua Audit Negara Tan Sri Dr Madinah Mohamad mendedahkan laporan akhir audit 1MDB telah diubah dan Najib tahu perkara itu.

Madinah turut mendedahkan bahawa dua perkara penting yang digugurkan dalam laporan itu ialah kehadiran ahli perniagaan yang diburu Low Taek Jho atau Jho Low dalam satu mesyuarat Lembaga Pengarah 1MDB serta status kewangan 1MDB.

Pada hari sama, SPRM dilaporkan berkata pihaknya sudah memulakan siasatan berkaitan dakwaan pindaan laporan itu dan akan memanggil beberapa saksi bagi memberi keterangan dan membantu siasatan.


Semalam, SPRM memanggil bekas Ketua Pesuruhjayanya Tan Sri Dzulkifli Ahmad.

Turut dipanggil semalam ialah bekas Ketua Audit Negara Tan Sri Ambrin Buang yang hadir buat kali kedua selepas memberi keterangan pada 26 Nov lalu. – BERNAMA

Kategori