Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Suhaidi: Tumpaskan Ketua Lanun...

Oleh: Datuk Akmar Hisham Mokhles PANGKALAN platun nombor dua Kompeni A, Batalion ke-21 Rejimen...

PAS Zahir Kesetiaan Terhadap...

KUALA LUMPUR - PAS hari ini menzahirkan kesetiaan tidak berbelah bagi kepada kepimpinan...

Pembantu Peribadi Aliff Syukri...

SELEPAS diuji dengan kisah pembantu rumahnya curi dan bawa lari ribuan ringgit miliknya,...

Jangan Biar Pembangkang Ketepi...

KUALA LUMPUR - Kemajuan ekonomi negara adalah hasil kerja keras semua rakyat Malaysia...

NFCP Pacu Kehidupan Rakyat Menuju Ekonomi Digital

JASIN – Senyuman terukir di wajah rakyat Jasin di sini apabila ditanya tentang projek perintis Pelan Gentian Optik dan Kesalinghubungan Negara (NFCP) dilaksanakan di daerah luar bandar itu setelah sekian lama mereka mencemburui kemudahan Internet berkelajuan tinggi di kawasan bandar negeri ini.

Mereka kini bakal menikmati kemudahan tersebut melalui NFCP yang fokus menyediakan Internet berkelajuan tinggi kepada rakyat terutama di kawasan luar bandar seterusnya dilihat bakal memacu kehidupan mereka menuju era ekonomi digital.

P. Neerupa, 65, seorang peniaga perabot di sini berpendapat rakyat di kawasan ini memerlukan Internet berkelajuan tinggi bagi menggunakan pelbagai aplikasi dalam ekonomi digital secara optimum serta berkesan terutama aplikasi e-dagang bagi peniaga seperti dirinya dan NFCP hadir tepat pada masanya.

Beliau pada masa ini tidak mempunyai pilihan selain melanggan Internet jalur lebar berkelajuan 8mbps daripada satu-satunya penyedia Internet di kawasan itu namun kelajuan itu tidak dapat memenuhi keperluan perniagaan juga keluarganya.

“Kami gunakan macam-macam perisian dan Internet untuk buat kerja seperti tempahan dan akaun untuk berniaga selain kegunaan harian, tetapi bila semakin banyak beban, Internet itu semakin berat lama kelamaan jadi perlahan, jadi bila ada NFCP ini tentunya kami mahu melanggan bagi membantu kami,” katanya kepada Bernama.

Menerusi Belanjawan 2019, kerajaan memperuntukkan RM1 bilion bagi melaksanakan projek NFCP bagi menggalakkan perkembangan ekonomi digital, yang mana projek itu bertujuan membangunkan infrastruktur jalur lebar dalam usaha memastikan pengagihan spektrum dilaksanakan dengan lebih efektif.

Perkhidmatan jalur lebar berkelajuan tinggi itu disasarkan mencapai kelajuan 30mbps di kawasan luar bandar serta kawasan terpencil dalam tempoh lima tahun bagi membolehkan Malaysia mencapai infrastruktur bertaraf dunia dengan harga yang berpatutan.

Projek perintis NFCP dilaksanakan Tenaga Nasional Berhad (TNB) di tiga lokasi di daerah Jasin iaitu Taman Merbau, Taman Maju dan Felda Tun Ghafar Kemendor yang menyediakan perkhidmatan Internet jalur lebar berkelajuan tinggi menggunakan talian gentian optik kepada 1,100 rumah dan dengan menggunakan infrastruktur NFCP berkonsep ‘open access’ itu, syarikat telekomunikasi dapat menawarkan perkhidmatan tersebut kepada pengguna dijangka bermula awal tahun hadapan.

Neerupa turut memuji langkah menjadikan Pejabat Pos Jasin sebagai perintis bagi penggunaan NFCP secara awam dan kemudahan wifi Internet akan disediakan untuk rakyat yang hadir ke pejabat pos itu dengan menggunakan kemudahan NFCP dilihat membantu rakyat memperoleh kemudahan Internet berkelajuan tinggi dengan mudah.

“Tidak semua mampu berbelanja untuk melanggan perkhidmatan Internet kelajuan tinggi terutama orang muda di luar bandar, jadi bila letak wifi yang ada Internet kelajuan tinggi di pejabat pos yang memang jadi tumpuan awam itu amat membantu rakyat untuk sama-sama terlibat dalam ekonomi digital ini,” katanya.


Ahmad Hamzah, 58, seorang pesara guru berkata inisiatif ekonomi digital menjadi fokus kerajaan kini memudahkan beliau dan keluarganya melaksana urusan harian seperti membayar bil serta membuat pembelian barangan dan NFCP memudahkan perjalanan kehidupan rakyat menuju ekonomi.

“Saya tengok Internet sekarang memang sudah menjadi sebahagian daripada kehidupan kita hari-hari jadi bila ada Internet berkelajuan tinggi seperti NFCP ini dapat mudahkan dan pendekkan masa kita buat urusan harian yang mana seterusnya kita dapat lebih banyak masa untuk buat urusan lain,” katanya yang tinggal di Taman Maju di sini.

Beliau mengetahui tentang projek NFCP di Jasin daripada seorang rakan yang bekerja dengan sebuah syarikat ICT selain berita daripada media massa dan selain urusan seharian, beliau melihat ia mampu membantu penggunaan aplikasi e-pembelajaran dengan lebih berkesan di rumah dan sekolah-sekolah daerah itu.

Selain itu, Ahmad berkata NFCP membolehkan syarikat telekomunikasi berkongsi infrastruktur jalur lebar dibangunkan TNB di kawasan ini dan ini membolehkan Internet berkelajuan tinggi ditawarkan dengan harga lebih rendah kepada rakyat.

“Sebelum ini, setiap syarikat telekomunikasi yang hendak sediakan Internet kelajuan tinggi terpaksa melabur jumlah yang tinggi membina infrastruktur di kawasan itu, sekarang NFCP sudah sediakan infrastruktur jadi syarikat komunikasi tidak perlu labur banyak untuk tawarkan perkhidmatan itu jadi sudah tentu harga perkhidmatan itu akan lebih rendah,” katanya.

Lee Fok Hoi, 70, seorang peneroka generasi kedua di Felda Tun Ghafar Kemendor berkata NFCP yang dibangunkan di kawasan Felda itu dilihat akan banyak memberi manfaat kepada generasi muda untuk berkomunikasi dengan dunia luar seterusnya mengembangkan minda mereka.

“Memang bagus NFCP ini, budak-budak boleh dapat maklumat banyak untuk mereka belajar benda baharu, sebelum ini susah nak dapatkan Internet berkelajuan tinggi di kawasan luar bandar di Felda ini jadi bila kerajaan sudah mula projek ini di sini saya rasa gembira,” katanya.

Bagaimanapun bagi generasi terdahulu Felda sepertinya, Lee menjelaskan terdapat kesukaran untuk menggunakan Internet berkelajuan tinggi secara lebih berkesan kerana kurangnya pengetahuan dan kemahiran dalam kalangan generasi itu.

“Jadi saya harap selain pasang infrastruktur, NFCP ada juga sediakan kelas latihan untuk orang tua macam saya belajar gunakan Internet kelajuan tinggi ini. Sediakan infrastruktur Internet bagus-bagus tetapi kami tidak pandai guna susah juga,” katanya. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • NFCP

Kategori