Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

Tun Dr. Siti Hasmah...

PUTRAJAYA - Tun Dr. Siti Hasmah Mohamad Ali hari ini menerima Anugerah Berprestij...

Mangsa Banjir Ringlet Diarah...

Tiga keluarga mangsa banjir di Kampung Baru, Ringlet, Cameron Highlands kini dilanda kebimbangan...

Arab Saudi Tegas Usir...

  RIYADH – Dianggarkan lebih 27,000 rakyat Indonesia bakal dihantar pulang oleh kerajaan Arab...

‘Saya Tidak Kisah Jadi...

PORT DICKSON – Bekas menteri besar Negeri Sembilan Tan Sri Mohd Isa Abdul...

Olimpian 2018 Milik Azizulhasni, Amy Kwan

KUALA LUMPUR – Jaguh berbasikal negara Azizulhasni Awang dan gimnas berirama negara, Amy Kwan Dict Weng masing-masing dinobatkan sebagai Olimpian Majlis Olimpik Malaysia (MOM) 2018 malam ini.

Kedua-duanya dinilai menerusi pencapaian dalam Sukan Asia Jakarta-Palembang dan Sukan Komanwel Gold Coast tahun ini.

Bekas juara dunia, Azizulhasni yang juga antara atlet harapan negara untuk membawa pulang pingat emas pertama negara di Sukan Olimpik 2020 Tokyo, cemerlang dengan mengutip medal dalam setiap acara yang disertainya pada Sukan Asia pada Ogos lalu.

Azizulhasni muncul atlet lelaki berbasikal kedua meraih anugerah tersebut selepas Josiah Ng Onn Lam pada 2004 apabila unggul mengutip emas dalam acara pecut, perak (pecut berpasukan) dan gangsa (keirin).

Pemenang kategori wanita, Amy Kwan pula meniti titian cemerlangnya dalam Sukan Komanwel pada April lalu selepas menggondol empat medal menerusi acara riben dengan emas, keseluruhan berpasukan (perak), keseluruhan individu dan gelung masing-masing gangsa.

Seperti Azizulhasni, Amy Kwan juga muncul gimnas wanita kedua memenangi anugerah itu selepas Au Li Yen pada 1997. – UTUSAN ONLINE

Kategori