Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Gempa Magnitud 7.8 Landa...

SUVA - Satu gempa bumi berkekuatan magnitud 7.8 menggegarkan kawasan timur-tenggara Fiji di...

Polis Tumpaskan Kegiatan Edar...

KUALA TERENGGANU - Polis Terengganu melumpuhkan kegiatan pengedaran dadah oleh kumpulan 'Geng Pasir...

Ringgit Rendah Sedikit Berbanding...

KUALA LUMPUR – Ringgit rendah sedikit berbanding dolar US pagi ini, berikutan permintaan...

Lelaki Maut Dikelar Tali...

MALANG sememangnya tidak berbau. Seorang lelaki berusia 52 tahun maut selepas lehernya dikelar...

Orang Ramai Adu Kasut Sekolah Naik Harga

KULIM – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna menerima aduan daripada orang ramai berhubung kenaikan harga kelengkapan persekolahan terutamanya kasut sekolah menerusi talian aduan kementerian itu sejak kebelakangan ini.

Menterinya Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata sehubungan itu beliau telah meminta bahagian penguat kuasa menyiasat perkara itu bagi mengesahkan sekiranya benar berlaku peningkatan harga barangan persekolahan berkenaan sebelum tindakan lanjut dikenakan.

“Sebab aduan itu spesifik sebab dia beritahu tempat mana, negeri mana, kedai mana, kemudian kita sahkan autoriti pengadu supaya jangan ada penganiayaan…,” katanya.

Beliau yang juga Anggota Parlimen Kulim-Bandar Baharu berkata demikian kepada pemberita selepas menyerahkan sumbangan kelengkapan persekolahan peringkat Parlimennya di Sekolah Kebangsaan Terap dekat sini hari ini.

Saifuddin Nasution berkata berdasarkan aduan itu orang ramai mengadu harga kelengkapan persekolahan itu naik antara 15 hingga 20 peratus. – BERNAMA

Kategori