Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Bila Syed Saddiq Mahu...

Bekas Menteri Kewangan, Lim Guan Eng pada 2019 dengan bangga memaklumkan lawatan sambil...

Jualan Proton Meningkat 13%...

KUALA LUMPUR - Jualan Proton meningkat 13 peratus kepada 5,083 unit pada Oktober...

Sultan Nazrin, Tunku Zara...

KUALA KANGSAR - Sultan Perak Sultan Nazrin Shah dan Raja Permaisuri Perak Tuanku...

Sentap Dikata Over, Ogy...

JIKA anda merupakan penonton setia rancangan Maharaja Lawak Mega 2014 (MLM 2014), pastinya...

Pakej Jejak Warisan Tingkat Pendapatan Penarik Beca

KUALA TERENGGANU – Jejak Warisan, tarikan pelancongan baharu menggunakan pengangkutan beca tradisional di Terengganu bakal diperkenalkan tahun depan sebagai usaha kerajaan negeri meningkatkan pendapatan penarik beca di negeri ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Komunikasi Negeri, Ariffin Deraman berkata beberapa lokasi sesuai sedang dikenalpasti untuk Jejak Warisan seperti Dataran Shahbandar, Kampung Cina, Istana Maziah, Pasar Payang dan Pulau Warisan.

“Ini juga adalah sebahagian usaha kerajaan negeri untuk menarik minat golongan muda menjadi penarik beca dengan skim insentif khas yang akan diperkenalkan.

“Ketika ini, terdapat 47 penarik beca yang berdaftar di Terengganu yang kebanyakannya warga emas berusia antara 60 tahun hingga 80 tahun,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan insentif kepada penarik beca di sini hari ini.

Mereka menerima sumbangan sebanyak RM1,400 iaitu bayaran untuk Jun hingga Disember iaitu insentif RM200 untuk setiap bulan.


Mengulas lanjut, Ariffin yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri Alor Limbat berkata golongan muda yang berminat menjadi penarik beca itu akan diberi bimbingan dan kursus berkaitan dari masa ke masa seperti kursus Bahasa Inggeris asas dan kursus etika.

“Sebelum ini, mereka juga ada menerima bantuan motor dan bateri untuk mengurangkan beban kayuhan membawa muatan,” katanya.

Mengenai sasaran kedatangan pelancong ke Terengganu pada 2019, beliau berkata sasarannya sama seperti tahun ini iaitu lima juta pelancong. – BERNAMA

Kategori