Thursday, December 12, 2024

Creating liberating content

TPM Pengerusi Mesyuarat J/kuasa...

KUALA LUMPUR - Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mempengerusikan...

JDT Julang Trofi Liga...

JOHOR BAHRU – Pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) yang sudah mengesahkan kejuaraan Liga...

WOW… Biar Betul Tasha...

INGAT lagi tak, bulan lalu kami ada menyiarkan tentang pihak polis sedang menyiasat...

‘Puan Sri’ Direman Bantu...

JOHOR BAHRU - Seorang aktivis alam sekitar bergelar 'Puan Sri' direman tiga hari...

Palestin Lancar Rayuan Dana Bantuan

RAMALLAH – Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan Pihak Berkuasa Palestin merayu bantuan sebanyak AS$350 juta (RM1.45 bilion) untuk penduduk Palestin, tahun depan, sambil berkata, jumlah lebih banyak diperlukan tetapi mereka perlu realistik, selepas setahun mengalami pemotongan dana.

Pelan Tindak Balas Kemanusiaan 2019 menumpukan kepada keperluan makanan, penjagaan kesihatan, perlindungan, air dan kebersihan penduduk Palestin, kata penyelaras kemanusiaan PBB di Semenanjung Gaza, Tebing Barat dan Baitulmaqdis Timur, Jamie McGoldrick.

Katanya, derma daripada banyak negara dunia berkurangan, namun kerja bantuan tempatan paling teruk terjejas, tahun ini, selepas Amerika Syarikat (AS) menamatkan penyaluran dana kepada agensi PBB yang membantu lima juta pelarian Palestin.

“Semua agensi kemanusiaan berdepan tahap pembiayaan terendah, tahun ini, pada masa sama kami berdepan keperluan meluas dan kian meningkat.

“Kami tidak mampu membantu ramai orang, tahun ini, hanya 1.4 juta penerima disasarkan berbanding 1.9 juta orang, tahun lalu,” katanya. – Reuters/BH ONLINE

Kategori