Sunday, November 24, 2024

Creating liberating content

Penat Isu ‘Tak Habis’,...

KEMELUT antara kumpulan nasyid UNIC bersama dengan penyanyi rap, Capric kini bakal berakhir...

OKU Sesat Dalam Hutan...

KUANTAN - Seorang remaja orang kelainan upaya (OKU) yang hilang sejak Jumaat lepas...

Jet ‘Terbengkalai’ Bakal Jadi...

JOHOR BAHRU - Tiga buah pesawat jenis Boeing 747 yang 'ditinggalkan' di Lapangan...

Air Ketum Campur Susu...

PADANG BESAR - Minuman susu kultur pelbagai perisa dikesan digunakan oleh penagih dadah...

PDRM Tidak Setuju Ganja Untuk Tujuan Perubatan

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak bersetuju dengan langkah meluluskan penggunaan produk ganja untuk perubatan seperti yang dilaksanakan di Thailand.

Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata perkara sedemikian akan menimbulkan pelbagai masalah di negara ini.

Beliau berkata jika ia berlaku di negara ini, ia akan merumitkan lagi masalah dengan peningkatan penagihan dan pengedaran dadah.

“Kami juga khuatir dengan kemungkinan lambakan ganja yang akan diseludup masuk ke negara ini dan PDRM tidak boleh mencampuri keputusan yang dibuat oleh kerajaan Thailand.

“Oleh yang demikian, PDRM berusaha meningkatkan kawalan di seluruh sempadan negara agar tidak berlaku kegiatan penyeludupan ganja termasukpelbagai jenis dadah lain,” katanya pada sidang media selepas hadir masjlis raikan cinta raja sehari warga PDRM dengan kerjasama Bank Muamalat di Pusat Latihan Polis, di sini, hari ini.

Baru-baru ini, kerajaan Thailand meluluskan pindaan terhadap undang-undang narkotik negara itu yang menyaksikan penggunaan ganja dan ketum untuk tujuan perubatan tidak lagi menjadi satu kesalahan dari segi undang-undang. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • ganja

Kategori