NEW YORK – Polis New York tidak menemui sebarang peralatan letupan di bangunan stesen penyiar CNN yang dikosongkan selepas menerima ancaman bom pada Khamis malam.
Jabatan Polis New York berkata panggilan telefon yang dibuat kira-kira pukul 10 malam itu mengatakan terdapat lima bom disembunyikan di dalam bangunan Time Warner Center yang terletak di pusat bandar Manhattan.
Polis kemudian mengarahkan bangunan itu dikosongkan dan tidak membenarkan kenderaan dan serta pejalan kaki berada di sekitar kawasan itu.
Menjelang tengah malam polis tidak menemui sebarang objek mencurigakan dan mengesahkan bangunan itu selamat.
Bangunan itu kemudian dibuka semula dan urusan kembali seperti biasa. – BERNAMA