Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Harga Minyak Mentah Dunia...

TOKYO - Harga minyak Brent bergerak menjauhi paras tertinggi empat tahun yang di...

Safiq Rahim Tunai Impian...

KUALA LUMPUR - Hasrat seorang remaja kelainan upaya (OKU), Muhammad Erwan Shah Mohd....

Cerita Kecoh Peguam Anwar...

MACAM-MACAMƃā€šĆ‚Ā hal pernah berlaku apabila kes melibatkan pemimpin pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak...

Kerajaan Negeri Rakam Takziah...

JOHOR BAHRU - Kerajaan negeri Johor malam ini merakamkan ucapan takziah atas kemangkatan...

Pekerja Asing Top Glove Tidak Dipaksa Kerja Lebih Masa

KLANG – Kementerian Sumber Manusia mendapati tiada unsur paksaan ke atas pekerja asing di syarikat pembuat sarung tangan getah terbesar dunia, Top Glove Corp Berhad untuk melakukan kerja lebih masa.

Menterinya M. Kula Segaran berkata pemeriksaan pegawainya di hampir kesemua kilang milik syarikat itu di sini dan di Ipoh, Perak mendapati pekerja asing mereka melakukan kerja lebih masa secara sukarela kerana mahu meraih pendapatan lebih untuk digunakan dan dihantar ke negara masing-masing.

“Saya tidak nafikan ada pekerja asing yang bekerja lebih daripada masa yang ditetapkan oleh Akta Pekerja dan kami akan mengambil tindakan atas perkara ini. Pengurusan Top Glove juga sudah memberi komitmen untuk mengatasi perkara ini tetapi saya jamin tiada pekerja asing yang dipaksa bekerja lebih masa di kilang ini seperti yang dilaporkan,ā€ katanya dalam sidang akhbar selepas melakukan lawatan ke kilang milik Top Glove di Kawasan Perindustrian Meru Timur di sini, hari.

Turut hadir Ketua Pengarah Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia ( JTKSM) Datuk Mohd Jeffrey Joakim, Pengerusi Eksekutif Top Glove Tan Sri Dr. Lim Wee Chai dan Pengarah Eksekutif syarikat Lim Cheong Guan.

Lawatan dan pemeriksaan itu diadakan susulan laporan oleh sebuah akhbar luar negara yang mendakwa Top Glove memaksa pekerja asing di syarikat tersebut untuk bekerja lebih masa.

Menurut Kula Segaran, siasatan oleh pegawai kementerian itu sejak laporan berkenaan dikeluarkan juga mendapati segala dakwaan lain yang ditulis dalam akhbar terbabit adalah tidak benar.

ā€œSyarikat ini melakukan semua operasi mereka mengikut akta dan peraturan yang ditetapkan,” katanya.

Pada Jumaat lepas, akhbar ā€˜The Guardianā€™ di United Kingdom dalam laporannya mendakwa syarikat itu menindas ribuan pekerja asing termasuk memaksa mereka bekerja lebih masa mencecah 160 jam sebulan, melebihi tempoh bekerja lebih masa 104 jam yang ditetapkan undang-undang.

Menurut Akta Pekerja 1955 jumlah jam untuk kerja lebih masa maksimum ialah 104 jam sebulan.

Terdapat kira-kira 10,000 pekerja asing di 35 buah kilang milik Top Glove.


Menurut laporan itu antara situasi dihadapi pekerja asing berkenaan ialah menjadi mangsa buruh paksa, kerja lebih masa secara paksa, beban hutang, gaji ditahan dan pasport dirampas.

Susulan laporan berkenaan, saham Top Glove menjunam pada dagangan awal hari ini, susut 5.93 peratus atau 33 sen kepada RM5.57 dengan 1.2 juta saham bertukar tangan.

Sementara itu ditanya sama ada kerajaan Britain menghubungi pihaknya bagi tujuan siasatan berhubung perkara berkenaan, Kula Segaran berkata setakat ini pihaknya tidak menerima sebarang panggilan atau pertanyaan rasmi daripada pihak berkuasa negara tersebut.

“Kami alu-alukan siasatan oleh kerajaan Britain jika mereka mahu menyiasat perkara ini tetapi ia perlu dilakukan secara kerajaan dengan kerajaan,” katanya.

Sementara itu, Wee Chai dalam sidang media sama turut memberi pencerahan berhubung beberapa kesilapan fakta dalam laporan akhbar berkenaan.

“Laporan menyebut keuntungan kami ialah satu bilion pound sterling (RM5.29 bilion) tahun lepas, tetapi keuntungan kami sebenarnya kira-kira RM450 juta atau sekitar 80 juta pound sterling dan United Kingdom hanya menyumbang 0.5 peratus terhadap jualan kami,” katanya.

Sambil meluahkan rasa kesal terhadap laporan berkenaan yang disifatkan tidak bertanggungjawab, beliau menyatakan kesediaan pihaknya untuk bekerjasama dengan mana-mana pihak dari dalam dan luar negara yang mahu melakukan siasatan ke atas syarikat itu. – BERNAMA

Kategori