Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Lelaki Hilang Di Pontian...

JOHOR BAHRU - Seorang lelaki yang hilang selepas dipercayai terjatuh ke dalam laut...

Adenan Mahu Bersara Selepas...

KUCHING - Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Adenan Satem berkata beliau hanya memerlukan...

Isteri Hampir Jadi Arwah...

KUALA KANGSAR - Jika tidak kerana jeritan anak, seorang wanita boleh terbunuh akibat...

2,932 Kes Baru Covid-19,...

Kementerian Kesihatan melaporkan 2,932 kes baru Covid-19 semalam.Ikuti Mynewshub: TelegramKes aktif kini berjumlah 30,019,...

Pekerja Kilang Curi Barangan Kosmetik Untuk Isteri

BALIK PULAU – Seorang pekerja kilang bertindak mencuri 11 barangan kosmetik di sebuah hypermarket di Bayan Baru, dekat sini untuk dihadiahkan kepada isterinya sempena sambutan Krismas.

Dalam kejadian jam 8.45 malam kelmarin itu, lelaki berusia 31 tahun itu dikesan dalam keadaan mencurigakan ketika berada di pintu depan hypermarket berkenaan.

Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintendan A A Anbalagan, berkata suspek yang membawa beg galas ketika itu ditahan pengawal keselamatan dan pemeriksaan mendapati terdapat pelbagai barang kosmetik dalam begnya yang dipercayai dicuri.

“Pengawal keselamatan itu mendapati suspek gagal mengemukakan resit semua barangan terbabit dan dia kemudian terus menghubungi polis memaklumkan kejadian.

“Susulan daripada itu, polis menahan suspek dan hasil siasatan awal lelaki berkenaan memberitahu dia mencuri barang kosmetik itu kerana mahu menghadiahkan kepada isterinya sempena sambutan Krismas yang bakal tiba,” katanya.

Menurutnya, semua barang yang dicuri terbabit bernilai RM314.36 dan pemeriksaan mendapati suspek tidak mempunyai sebarang rekod jenayah lampau.

“Suspek kini direman selama tiga hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan,” katanya.


Sementara itu, dalam kejadian berasingan di sebuah kompleks beli-belah terkenal di persiaran Bayan Indah, dekat sini seorang lelaki ditahan kerana mencuri 14 kereta mainan berharga RM378.50, semalam.

Anbalagan berkata, siasatan awal mendapati suspek yang berusia 33 tahun dan tidak mempunyai pekerjaan tetap itu mencuri untuk membeli dadah.

“Pemeriksaan mendapati suspek mempunyai empat rekod jenayah lampau dan turut dikehendaki polis kerana kes dadah,” katanya. – BH ONLINE

Kategori