Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

PKPP Buka Peluang Nikmati...

KUALA TERENGGANU - Kelonggaran yang diberi ketika Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) masa...

Sebanyak 10,190 Sekolah Dibekal...

KUALA LUMPUR - Kementerian Pendidikan telah membekalkan perkhidmatan capaian internet di 10,190 sekolah...

Pelajar Reka Cerita Diculik,...

SUNGAI PETANI - Cerita kononnya seorang pelajar sekolah diculik di sini dua hari...

Lesen Pengusaha Kantin Sekolah...

KUALA LUMPUR - Kementerian Pendidikan boleh mengambil tindakan tegas untuk menamatkan lesen pengusaha...

Pekerja Penghantar Makanan Kantoi Makan Makanan Pelanggan

TIDAK sedar dirinya dirakam, seorang penghantar makanan syarikat Zomato dipecat selepas rakamannya makan makanan pelanggan dan menutup kembali bekasnya tersebar.

Syarikat penghantar makanan itu memohon maaf atas kesalahan itu dan berkata akan mengambil langkah sewajarnya untuk mengelak insiden ini berulang.

Kejadian berlaku di selatan India di daerah Madurai itu menyaksikan seorang penghantar makanan bermotorsikal berhenti dan memakan makanan yang dihantar, menutup kembali bekas makanan dan menyimpannya dalam beg penghantaran.

Video itu menerima tontonan beribu kali di media sosial.

Zomato berkata ia mengamalkan dasar “sifar toleransi” terhadap tindakan sebegitu dan telah memecat pekerja terbabit.


Dalam satu kenyataan, Zomato mengakui yang video terbabit menunjukkan seorang pekerja makan makanan yang sepatutnya dihantar kepada pelanggan.

Zomato berkata syarikatnya akan memperkenalkan pita pelekat yang akan menghalang makanan dibuka oleh pekerja dan pada masa yang sama mendidik pekerja penghantaran supaya kejadian itu tidak berulang. – BBC

Kategori