Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

Sempadan Negara Tidak Dibuka...

TANGKAK - Pembukaan sempadan negara bermula 1 Mac seperti disyorkan Majlis Pemulihan Negara...

PM Najib Ucap Tahniah...

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengucapkan tahniah kepada...

Isu Terowong: Lim Hock...

GEORGE TOWN - Exco kerajaan negeri Pulau Pinang Lim Hock Seng hari ini...

Melayu Jangan Masuk Perangkap...

SEJAK negara masuk ke fasa yang disebut-sebut sebagai "Malaysia baharu" selepas Pilihan Raya...

Curi Coklat: Pelajar Universiti Dijel Sehari, Denda RM1K

KUALA LUMPUR – Seorang penuntut universiti swasta hari ini dipenjara sehari dan didenda RM1,000 oleh Mahkamah Majistret di sini selepas mengaku bersalah mencuri beberapa barangan termasuk sebungkus coklat di semua pasar raya.

Majistret Namirah Hanum Mohamed Albaki menjatuhkan hukuman itu terhadap Rohaiza Fathar, 20, selepas dia mengaku bersalah mencuri sebungkus coklat, dua bungkus gula-gula, tujuh helai baju dan sebuah beg sandang, yang kesemuanya bernilai RM559.70 di sebuah pasar raya, pada 1.30 petang, 30 Nov lepas.

Menurut fakta kes, pengadu yang merupakan pengawal keselamatan di pasar raya itu telah melihat seorang wanita mengambil bungkusan coklat dan memasukkannya ke dalam beg plastik, manakala bungkusan gula-gula dimasukkan ke dalam poket seluarnya.

Pengadu telah menahan wanita itu dan membawanya ke bilik keselamatan untuk pemeriksaan.

Pemeriksaan lanjut juga mendapati terdapat baju dan sebuah beg sandang dalam beg galasnya di mana tertuduh juga gagal menunjukkan bukti pembayaran terhadap kesemua barangan tersebut.


Terdahulu, remaja itu, yang tidak diwakili peguam memohon hukuman ringan atas alasan dia dipengaruhi oleh rakan sebaya untuk melakukan perbuatan berkenaan.

Timbalan Pendakwa Raya Siti Hajar Mohd Ashif memohon mahkamah menjatuhkan setimpal bagi memberi pengajaran kepada tertuduh.

Rohaiza membayar denda tersebut. – BERNAMA

Kategori