Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

BMW Malaysia Lancar BMW...

KUALA LUMPUR — BMW Malaysia Sdn Bhd hari ini melancarkan BMW 6 Series...

Teknik ‘Couching’ Amat Bahaya...

BALIK PULAU - Kementerian Kesihatan menasihati orang ramai agar tidak terpengaruh dengan rawatan...

JPJ Turut Agresif Laksana...

KUALA TERENGGANU - Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Terengganu turut menggandakan rondaan dan operasi...

Najib Ajak Rakyat Sampaikan...

KUALA LUMPUR - Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengajak orang ramai...

Pelancong Malaysia Berpeluang Rasai Pengalaman Memetik Buah Di Taiwan

KUALA LUMPUR – Warga Malaysia berpeluang mengalami keseronokan memetik buah-buahan bermusim semasa melancong di Taiwan dalam program yang dilancarkan Majlis Pertanian Taiwan (COA).

Sebanyak 170 program telah diatur yang membabitkan 200 ladang dengan 36 jenis buah-buahan di seluruh negara itu bakal menarik pelancong domestik dan asing.

Menurut COA dalam satu kenyataan, sebagai negara subtropikal, Taiwan bukan sahaja mengeluarkan pelbagai jenis buah-buahan yang sedap dan manis sepanjang tahun, tetapi juga buah-buahan bermusim dan keseronokan tentunya apabila memetik buah-buahan itu terus dari pokok.

“Musim bunga hingga musim panas adalah tempoh terbaik untuk merasai buah-buahan Taiwan terutama loquat, plum, tembikai dan mangga manakala semasa musim luruh hingga musim sejuk pula untuk buah-buahan seperti limau gedang, sitrus, tomato dan strawberi,” katanya.

Selain menikmati buah-buahan dari sumbernya, pelancong boleh juga berpeluang membeli buah berkenaan dalam kotak cenderahati serta merasai masakan tradisional dan menyertai program ‘adopsi’ pokok buah-buhan yang diselia COA.

“Agri ezgo, laman web panduan dan maklumat pelancongan, juga disediakan COA untuk memperkenalkan buah-buahan yang ditanam di Taiwan dan industri yang berkaitan dengan Taiwan, termasuk enam kategori seperti memetik buah bermusim, makanan, cenderahati yang dicadangkan dan kisah menarik,” katanya.


Laman web pelbagai bahasa iaitu dalam bahasa Cina, Inggeris dan Jepun juga disediakan untuk memberi maklumat mengenai peraturan dan prosedur untuk mengeksport produk buah-buahan serta risalah dalam bahasa Korea, Thai dan Vietnam..

Maklumat lanjut boleh didapati di https://ezgo.coa.gov.tw atau https://ezgo.coa.gov.tw/Uploads/Projects/Fruit-Tour/en/souvenirs-country.html.BERNAMA 

Kategori