Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Model China Miliki Kaki...

 SEORANG model wanita dari China ini mahu pecah rekod dunia kerana memiliki kaki...

Harus Umat Islam Ucap...

KUALA LUMPUR - Majlis Penyelidikan dan Tafaqquh Dewan Ulama PAS Pusat (DUPP) berpandangan...

Pengundian Awal PRK DUN...

PEKAN - Pusat pengundian awal bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri...

Peguam Cuti Sakit, Perbicaraan...

KUALA LUMPUR - Perbicaraan kes saman fitnah Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk...

Pelancongan Domestik Kian Dapat Tarikan

KUALA LUMPUR – Pasaran pelancongan domestik semakin mendapat tarikan apabila lebih ramai rakyat Malaysia memilih melancong di dalam negara, manakala negara ini terus menjadi destinasi pelancongan pilihan dalam kalangan pelancong terutamanya dari China dan Singapura.

Pengurus World2Holiday Travel and Tours, Ashley Ng Mei Luan berkata kebanyakan daripada pertanyaan yang diterima agensi itu adalah daripada keluarga yang mahu menjelajah ke seluruh negara.

“Pulau Pinang, Melaka dan Cameron Highlands kekal sebagai destinasi pilihan bagi keluarga.

“Sebagai sebuah agensi pelancongan, kami membantu memastikan perjalanan dan penginapan mereka berjalan lancar kerana perancangan percutian akhir tahun agak sibuk memandangkan jumlah pelancong yang tinggi,” katanya kepada Bernama sambil menambah kekukuhan nilai dolar AS merupakan antara halangan kepada keluarga untuk melancong ke luar negara.

Ng berkata Pulau Pinang dan Melaka kekal menjadi pilihan dalam kalangan pelancong berikutan daya tarikan makanan tempatan yang enak serta warisan budaya manakala Cameron Highlands adalah disebabkan oleh cuacanya yang agak sejuk.

Sementara itu, jurucakap bagi pengendali syarikat penerbangan tambang rendah AirAsia berkata, jumlah penumpang masuk ke negara ini meningkat sebanyak 20 peratus dalam tempoh dua minggu terakhir tahun ini berbanding bulan-bulan bukan kemuncak lain.

“Perak muncul sebagai satu daripada lokasi pelancongan utama di Malaysia setara dengan Pulau Pinang dan Melaka,” katanya.

“Tahun lepas, pertanyaan utama yang diterima kami bagi destinasi Asia Tenggara adalah Vietnam (Halong Bay) dan Kemboja (Sihanoukville) kerana terdapat penerbangan langsung ke lokasi-lokasi ini.

“Tetapi tahun ini mereka memilih melancong dalam negara kerana dolar AS menjadi semakin mahal sekarang dan majoriti tempat di Vietnam dan Kemboja menggunakan dolar AS,” katanya.

Ringgit berada pada paras 4.1750/1790 berbanding dolar AS hari ini daripada 4.0830/0860 pada tempoh yang sama tahun lepas.


Bagi perjalanan keluar, destinasi popular ialah Incheon (Korea), Phu Quoc dan Nha Trang (Vietnam) dan Sihanoukville (Kemboja), katanya.

Menurutnya, Malaysia kekal menjadi destinasi utama dalam kalangan pelancong China berikutan terdapat penerbangan terus.

“AirAsia sendiri mempunyai 15 penerbangan terus daripada pelbagai tempat di China ke Kuala Lumpur, lima penerbangan terus ke Kota Kinabalu, dan satu penerbangan terus masing-masing ke Johor Bharu, Kuching dan Langkawi,” katanya.

Kedatangan pelancong ke Malaysia dijangka susut sedikit kepada 26.4 juta pada 2018 daripada 25.9 juta pada 2017 dan 26.76 juta pada 2016 disebabkan oleh pembukaan destinasi pelancongan baharu di negara-negara Asia, terutamanya di Kemboja dan Vietnam.

Bagaimanapun, kedatangan pelancong dijangka meningkat kepada 28.8 juta pada 2019 menjelang Tahun Melawat Malaysia 2020 apabila negara dijangka menerima kunjungan kira-kira 30 juta pelancong asing.

Malaysia dijangka mencatatkan perolehan pelancongan sebanyak RM84.9 bilion pada 2018, tetapi pendapatan pada 2019 telah disemak semula menurun kepada RM92.2 bilion daripada unjuran sebelumnya sebanyak RM151 billion.

Malaysia kekal menjadi destinasi pelancongan nombor dua di Asia Tenggara selepas Thailand. – BERNAMA

Kategori