Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Kisah Sayu Seorang Nenek...

PADA masa kini memang merupakan satu pemandangan yang biasa sekiranya ternampak sekumpulan orang...

4PM Bantah Cara Bank...

KUALA LUMPUR - Persatuan Penyelesaian Pengguna dan Peminjam Malaysia (4PM) membantah pendekatan yang...

Congo Catat 24 Kematian...

GOMA (CONGO) - Congo mengesahkan terdapat 33 kes serangan virus Ebola di negara...

Kerajaan Masih Kaji Kesesuaian...

KUALA LUMPUR - Kerajaan masih mengkaji kesesuaian untuk melaksanakan Cukai Barang dan Perkhidmatan...

Pembuat Kompang Teruskan Tradisi Keluarga

JOHOR BAHRU – Tradisi turun-temurun keluarga dalam penghasilan alat muzik tradisional yang berasaskan kayu dan kulit terutamanya kompang tetap diteruskan oleh pewaris Wandarisno Kompang Baldu bagi memastikan kelangsungan tradisi keluarga itu dapat diteruskan.

Mohd Iskandar Abd Rahim yang memilih kerjaya sebagai pembuat alat muzik tradisional berkata tradisi keluarganya dalam membuat alat musik tradisional terutamanya kompang ini tetap diteruskan meskipun selepas pemergian ayah, yang juga pengasas kedai Wandarisno Kompang Baldu, tujuh tahun lepas.

“Selepas ayah meninggal dunia, saya meneruskan pekerjaannya walaupun langsung tidak mempunyai ilmu asas dalam pembuatan kompang ini. Semuanya saya belajar daripada adik-beradik saya yang lain.

Pendapatan membuat kompang ini tidak tetap (tetapi) Alhamdulillah, kami ada pelanggan tetap yang sentiasa menempah kompang selain dibeli oleh pelancong dari Korea dan juga Jepun yang berkunjung di kedai kami di Kompleks Kraf Johor ini,” kata lelaki berusia 42 tahun itu kepada Bernama ketika Program PASAREKA 2018, baru-baru ini.

Beliau juga berkata selain membuat kompang, Wandarisnor Kompang Baldu juga menjadi pembekal alat muzik bagi persembahan dikir barat, silat, wayang kulit, gamelan, caklempong dan juga nasyid.

Selain aktiviti pembuatan kompang, aktiviti membuat wau bulan atau wau daun juga menarik perhatian pengunjung semasa Program PASAREKA 2018 yang berlangsung di Kompleks Kraf, di sini baru-baru ini.

Sementara itu, seorang tenaga pengajar dalam tenaga pengajar dalam aktiviti membuat wau darat atau wau daun, Wan Fazrie Hisyam berkata sambutan daripada pengunjung program itu sangat memuaskan walaupun terdapat kekangan masa daripada pengunjung untuk menyiapkan sesebuah wau dengan sempurna.

“Pengunjung yang datang semuanya menunjukkan minat dan berasa seronok semasa dalam proses membuat wau darat ini walaupun masa untuk membuat satu wau ini mengambil masa yang lama.

Aktiviti sebegini sebenarnya dilaksanakan untuk memberikan pengalaman kepada pengunjung untuk mereka merasa sendiri membuat wau ini kerana proses membuat wau dengan layang-layang adalah berbeza,” kata pemuda berusia 31 tahun itu.


Salah seorang pengunjung, Tam Peh Ling, 37, berkata keluarganya pergi ke kompleks itu untuk mengisi masa lapang anak-anaknya di samping merasai sendiri pengalaman membuat wau.

“Pengalaman membuat sendiri wau ini adalah pengalaman yang sukar untuk di cari lebih-lebih pada masa sekarang, jadi pada kesempatan yang ada di sini, anak-anak saya boleh merasa sendiri bagaimana untuk membuat wau hasil daripada kerjanya sendiri,” katanya kepada Bernama.

Pada penganjuran PASAREKA 2018, turut terlibat adalah pameran reka bentuk perabot-perabot Malaysia, rekaan pakaian-pakaian baharu dan juga aksesori fesyen yang mengetengahkan produk-produk baru pereka tempatan.

Selain kompang dan wau, barangan kraftangan lain seperti angklung dan miniatur busana tradisional Johor turut mendapat perhatian pengunjung.

Kompleks Kraf Johor telah menganjurkan Program PASAREKA 2018 selama empat hari (15 Dis hingga 18 Dis) bertujuan untuk membantu Kraftangan Malaysia mengkomersialkan serta membangunkan industri reka bentuk kraf negara.

Melalui PASAREKA 2018 ini juga peserta atau pengunjung berpeluang menghasilkan sendiri pelbagai jenis kraftangan rakyat yang diinovasikan menerusi konsep ‘Dibuat Individu dengan Yakin (Do It Yourself)’. – BERNAMA

Kategori