Wednesday, January 22, 2025

Creating liberating content

Nafi Terbabit Kegiatan Seludup...

KANGAR - Seorang lelaki tampil ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kangar hari...

Pusat Perlindungan 30 Pekerja...

SINGAPURA - Dewan Sukan Jurong East, SportSG, sebuah pusat perlindungan sementara bagi menempatkan...

Ambil Pandangan Semua Pihak...

ALOR SETAR - Kerajaan Barisan Nasional (BN) yang diterajui Perdana Menteri, Datuk Seri...

Kenderaan Tertimbus Dalam Insiden...

IPOH : Satu kejadian tanah runtuh dilaporkan berlaku di Seksyen 27 hingga Seksyen...

Pemuda PKR Bantah Potongan Gaji PTPTN

KUALA LUMPUR – Angkatan Muda Keadilan (AMK) membantah langkah Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional ( PTPTN) melaksanakan Potongan Gaji Berjadual (PGB) keatas peminjamnya seperti diumumkan Pengerusi PTPTN, Wan Saiful Wan Jan semalam.

Ketua AMK, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, nilai potongan yang diperkenalkan dalam PGB itu harus dikaji semula kerana PTPTN perlu melihat pada realiti sara hidup yang dirasai peminjamnya.

“Kajian Bank Negara Malaysia menunjukkan lelaki bujang memerlukan RM2,700, manakala pasangan berkahwin (RM4,500) dan pasangan yang memiliki dua orang anak (RM6,500) untuk hidup di Kuala Lumpur.

“Mengikut PGB yang diperkenalkan PTPTN, seseorang yang bergaji RM8,000 perlu membayar RM1,200. Sekiranya telah berkahwin dan memiliki dua (atau lebih) anak, bagaimana dia boleh membayar RM1,200 sebulan?

“Soal tanggungjawab dan liabiliti peminjam harus dipertimbangkan berbanding melihat pada jumlah gaji semata-mata,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Wan Saiful mengumumkan PTPTN akan melaksana kaedah bayaran balik pinjaman secara bermula Januari 2019 iaitu mengikut peratus potongan daripada gaji pe­minjam.

Pemimpin Pakatan Harapan (PH) sebelum Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) pada 9 Mei lalu berjanji pinjaman PTPTN akan dimansuhkan dan dilupuskan jika memerintah negara ini.

Berikutan janji tersebut, sebilangan besar peminjam PTPTN termasuk mahasiswa membantu PH menumbangkan kerajaan Barisan Nasional (BN).

Kerajaan BN sebelum ini menetapkan pembayaran pinjaman PTPTN bergantung kepada jumlah pinjaman dan tempoh bayaran balik serta mengambil dengan kira kos sara hidup peminjam.


Peminjam PTPTN malah diberi diskaun sehingga 20 peratus untuk bayaran balik sama ada sekali gus, separa atau potongan gaji, malah pengecualian bayaran balik sepenuhnya diberikan kepada pelajar yang cemerlang sebagai satu bentuk intensif.

SALAH IPTS?

Nik Nazmi seterusnya berkata, isu PTPTN semakin parah apabila kewujudan pinjaman pendidikan diambil kesempatan oleh ‘peniaga pendidikan’ untuk membuka banyak Institusi Pendidikan Tinggi Swasta (IPTS).

Kata beliau, lebih banyak IPTS yang berorientasikan keuntungan semata-mata dan mengambil kesempatan dana yang boleh diperoleh dari PTPTN.

“Lebih malang ada sesetengah IPTS tidak relevan di industri,” katanya.

Justeru, katanya, dalam situasi kadar gaji umum bagi graduan masih pada tahap rendah, penyelesaian yang diberikan PTPTN harus lebih adil dan realistik. – MYNEWSHUB.TV

Kategori