Monday, October 28, 2024

Creating liberating content

Jurutol Nyaris Maut lori...

BUKIT MERTAJAM - Seorang jurutol lelaki nyaris maut selepas sebuah lori yang membawa...

Para Isteri Tolong Jangan...

SEBELUM berkahwin, ayat-ayat cinta tak pernah lekang di bibir, "I  love you, I miss you,...

PIKAS Bantu Turunkan Kes...

KUALA LUMPUR - Pelaksanaan Program Imunisasi Industri COVID-19 Kerjasama Awam-Swasta (PIKAS) yang memfokuskan...

Penggal Kepala Kawan Demi...

MOSCOW - Bagi membuktikan cintanya, seorang remaja belasan tahun memenggal kepala seorang remaja...

Penculikan Berlaku Dalam Wilayah Malaysia

SERIAN – Insiden penahanan dan penculikan lima warga Sarawak oleh Tentera Nasional Indonesia (TNI) di kawasan hutan di Wong Rangkai, Balai Ringin, di sini pada 11 Disember lalu disahkan berlaku dalam kawasan Malaysia.

Ia berdasarkan titik koordinat direkodkan pasukan siasatan sebelum semua mangsa terbabit yang berasal dari Kampung Danau Melikin, di sini “dilarikan” ke Pos Kawalan Sempadan TNI di Sungai Enteli berhampiran sempadan Sarawak-Kalimantan Barat, seterusnya dikurung dan didera semalaman.

Sumber mendedahkan lokasi lima bersaudara itu ditahan adalah hutan digazetkan sebagai Tanah Adat Bumiputera (NCR) milik penduduk kampung, termasuk bagi kegiatan penanaman padi huma.

Malah, pegawai pemetaan yang turut menyertai pasukan siasatan turut mengesahkan lokasi penahanan masih berada dalam kawasan Malaysia.

“Lokasi berkenaan juga sering dikunjungi mangsa untuk menebang pokok bagi mendapatkan kayu untuk membina rumah panjang baharu mereka sejak awal tahun ini.

“Anggota TNI sebenarnya yang melepasi garis sempadan antarabangsa dengan membuat penahanan rakyat Malaysia di luar kawasan mereka,” katanya.

Ini sekali gus menolak dakwaan yang dilaporkan portal berita Indonesia yang memetik jurucakap tentera republik berkenaan yang berkata penahanan dibuat kerana mangsa didapati memotong kayu di dalam hutan negara berkenaan.

Portal itu juga melaporkan, jurucakap TNI berkata, satu patrol anggota dikatakan sudah mengesan kayu yang dipotong di hutan berkenaan beberapa hari sebelum penahanan dibuat.

TNI juga menyangkal dakwaan mereka meminta wang RM10,000 untuk melepaskan mangsa yang berusia 15 hingga 64 tahun itu sebaliknya pasukan itu didatangi lelaki yang menawarkan wang bagi menyelesaikan ‘masalah’ berkenaan.


Kampung Danau, Wong Rangkai terletak 400 meter dari sempadan Sarawak-Kalimantan Barat.

Dalam kejadian 11 Disember lalu, semua mangsa sedang memotong kayu untuk membina rumah panjang sempena Krismas didatangi dua anggota TNI yang lengkap bersenjata api.

Semua lelaki itu kemudian ditahan kerana didakwa menceroboh hutan negara jiran sebelum dibawa menaiki pacuan empat roda ke pos kawalan TNI di Sungai Enteli.

Mereka kemudian didera selain dipaksa untuk membuat pengakuan dakwaan menceroboh masuk hutan negara jiran sebelum dua daripada mangsa dibebaskan hari yang sama.

Bagaimanapun, tiga daripada mangsa dibebaskan sehari kemudian jam 2 petang selepas kejadian dimaklumkan kepada pasukan Angkatan Tentera Malaysia

Lima mangsa culik berkenaan dikenali sebagai Ruby Nyalu, 30; Welly Mandah, 19; Lionel Lawrence, 15; Sanjan Ambo, 64, dan Langgong Ambo, 48. – BH ONLINE

Kategori