Wednesday, January 22, 2025

Creating liberating content

Anwar Komited Lakukan Pembaharuan...

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Anwar Ibrahim yang kembali ke Dewan Rakyat hari...

Kenapa Tam Spider Tak...

JIKA anda perasan, sewaktu lagu Di Pintu Syurga nyanyian Dayang Nurfaizah diumumkan sebagai pemenang tempat...

RTM Tak Salah, Bertindak...

KUALA LUMPUR – RTM bertindak mematuhi prosedur operasi standard (SOP) dengan hanya menyiarkan...

Wanita Potong Kemaluan Bekas...

TRAGIK... Seorang wanita didakwa memotong kemaluan bekas teman lelakinya. Suspek turut didakwa memberikan dadah...

Pencuri Telur Terus Ancam Kehidupan Penyu Di Taman Laut Labuan

LABUAN – Perubahan iklim bukanlah sebab utama penyu berjuang untuk terus hidup di lautan, tetapi ia adalah angkara manusia yang mencuri, menjual dan memakan telur haiwan itu.

Sekurang-kurangnya enam sarang penyu bertelur di luar tapak penetasan telur di Taman Laut Labuan didapati dikorek tahun ini, dipercayai perbuatan mereka yang ingin mencuri telur penyu untuk dijual kepada pengguna.

Pengarah Taman Laut Labuan, Anuar Deraman berkata berdasarkan pemerhatian, keadaan itu bukan disebabkan serangan pemangsa, tetapi oleh pencuri telur.

Beliau berkata enam sarang terbabit adalah sebahagian daripada 14 sarang penyu bertelur yang direkodkan tahun ini, sama seperti tahun lepas manakala pada 2016, sebanyak 21 sarang dicatatkan.

Beliau berkata risiko lain yang dihadapi penyu adalah peningkatan pelantar minyak yang didirikan berdekatan taman laut, selain penangkapan ikan tidak terkawal.


“Lampu di pelantar minyak yang amat terang mengganggu pergerakan penyu yang ingin datang ke taman laut itu untuk bertelur pada waktu malam,” katanya kepada Bernama.

Beliau berkata tahun ini, sebanyak 914 telur menetas dan 735 anak penyu dilepaskan ke laut dari taman laut itu. Dalam masa tujuh tahun, 15,025 telur telah menetas dan 13,543 anak penyu dilepaskan dari pusat penetasan Rusukan Besar.

Tahun ini, hanya penyu karah bertelur di pulau-pulau dilindungi iaitu Kuraman (423 telur), Rusukan Besar (327 telur) dan Rusukan Kecil (164 telur). – BERNAMA

Kategori