Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Pejabat MB Johor Nafi...

JOHOR BAHRU - Pejabat Menteri Besar Johor hari ini menafikan dakwaan bahawa ada...

Terpaksa Suap Makan Anak...

MANILA - Seorang wanita terpaksa menyuapkan makanan untuk anak lelakinya yang berusia 13...

Anggota Polis Dituduh Minta,...

JOHOR BAHRU - Seorang anggota polis mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di...

Enggan Lakukan Seks, Lapor...

SEORANG lelaki telah kentut di dalam rumah seorang wanita sebagai membalas dendam kerana...

Pendatang Yahudi Musnahkan Pokok Zaitun Milik Palestin

PENDATANG haram Yahudi merosakkan berpuluh batang pokok zaitun milik Palestin di kampung Turmusayya, dekat Ramallah, di Tebing Barat yang diduduki semalam, lapor agensi berita Ma’an.

Menurut sumber tempatan, pendatang Yahudi yang dilindungi oleh askat Israel menceroboh kawasan tanaman zaitun dan mencabut pokok-pokok tersebut.

Lapor media itu lagi, selepas memusnahkan pokok-pokok zaitun itu, tentera Israel tiba di kawasan itu dan berkata mereka telah membuka siasatan insiden itu, walaupun jelas pemilik kebun dan orang ramai berada di tempat kejadian semasa serangan Yahudi itu.

Pendatang Yahudi sentiasa mengganggu petani Palestin dan penduduk kampung, sebagai usaha menghalau orang Palestin dari tanah mereka supaya penempatan Yahudi dapat diluaskan.

Bagi ratusan keluarga Palestin, pokok zaitun ialah sumber pendapatan utama mereka, tetapi menjelang musim memungut hasil, pendatang Yahudi mensasarkan tanaman mereka, menyebabkan masalah kewangan penduduk Paleatin.

Satu laporan pertubuhan bukan kerajaan Yahudi, B’Tselem, menyebut kerja merosakkan pokok zaitun dilakukan secara rutin oleh Yahudi dan disokong sepenuhnya oleh pihak berkuasa Israel.


Menurut B’Tselem, dalam tempoh dua bulan, dari Mei hingga 7 Julai 2018, 10 kes pemusnahan pokok zaitun oleh penduduk Yahudi didokumenkan, melibatkan pemusnahan lebih daripada 2,000 batang pokok dimusnahkan.

Pendatang Yahudi turut membakar ladang anggur, pokok barli dan rumput kering untuk makanan haiwan.

Lapor NGO itu lagi, dengan menggunakan alasan “kawalan tentera sementara” Israel menggunakan tanah yang dikuasai untuk kegunaan mereka yang akhirnya menjadi penempatan pendatang Yahudi.

Dilaporkan Israel dalam beberapa tahun kebelakangan ini sudah merampas 200,000 hektar tanah Palestin. – Mynewshub.tv

Kategori