Wednesday, January 22, 2025

Creating liberating content

Cuti Sekolah Diilanjutkan Hingga...

PUTRAJAYA - Cuti persekolahan penggal pertama yang akan berakhir pada minggu ini akan dilanjutkan sehingga...

Kerja Didik Masyarakat Benci...

BAGAN SERAI - Kembara Jelajah Anti Rasuah (Kejar) berobjektif membudayakan dan mendidik masyarakat...

2 Beradik Bunuh Diri...

DUA beradik perempuan yang bunuh diri dengan terjun dari tingkat tujuh kediaman mereka...

Dajal Moden Yahudi Tangan...

TERINGAT ketika menuntut di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) lewat 1990-an lalu, penulis...

Pendidikan Jadi Teras Pelan Transformasi Prasarana

KUALA LUMPUR – Penyedia infrastruktur pengangkutan awam negara, Prasarana Malaysia Bhd (Prasarana), menumpukan program pendidikan sebagai agenda utamanya dalam Pelan Transformasi Lima Tahun.

Ketua Pegawai Operasi (GCOO) – Strategi dan Transformasi Prasarana, Ang Yoke Kee berkata di bawah kepimpinan Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Datuk Mohamed Hazlan Mohamed Hussain, syarikat itu telah menggabungkan akademi rel dan bas ke dalam Pendidikan Prasarana dengan hasrat menekankan kemahiran insani pelatih yang juga pekerja syarikat itu.

“Kami merancang untuk menaikkan (status) Pendidikan Prasarana kepada kolej dan mungkin bekerjasama dengan rakan teknikal asing dari China (China Communications Construction Co Ltd) dan Kanada (Bombardier Inc) bagi mwujudkan pusat kecemerlangan penyelidikan dan pembangunan, inovasi dan sebagainya.

“Bagaimanapun pada masa ini, ia masih di peringkat perancangan dan kami bekerjasama erat dengan Kementerian Kewangan (MOF) dan Kementerian Pengangkutan bagi mendapatkan maklum balas serta sokongan,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Graduasi Kumpulan Prasarana 2018 di sini, hari ini.

Menurutnya, kumpulan itu juga telah menggariskan 43 inisiatif bagi menambah baik keseluruhan operasi dan perniagaan sejak pelantikan Mohamed Hazlan, Muhammad Nizam Alias (GCOO Operasi) dan dirinya oleh MOF ke Prasarana pada awal September tahun ini.


“Sejajar kedudukan sebagai satu-satunya syarikat pengangkutan darat, Prasarana sememangnya unik kerana dapat memberi latihan pengalaman sebenar dan pendidikan kepada para pelatih.

“Atas alasan inilah, penekanan utama itu diberi kepada mempertingkat aspek pendidikan dan kemahiran bakat tempatan termasuk usaha menambah pengetahuan seperti pengurusan kos, meningkatkan kecekapan, kualiti perkhidmatan selain jumlah penumpang khidmat rel, bas dan feri kami,” katanya. – BERNAMA

Kategori