Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Petronas, Nestle, JKJR Lancar...

KUALA LUMPUR - Petronas Dagangan Berhad (PDB), Nestle dan Jabatan Keselamatan Jalan Raya...

Orang Melayu Akan Bangsat...

KANGAR - Orang Melayu akan bangsat jika UMNO hilang kuasa, kata Perdana Menteri...

Lebih 50,000 Dijangka Hadir...

PUTRAJAYA - Lebih 50,000 dijangka hadir pada sambutan Bulan Kebajikan Negara (BKN) 2017...

Samun Ara Damansara: Remaja...

POLIS mendapat enam hari perintah reman dari mahkamah bagi menjalankan siasatan terhadap seorang...

Penduduk Diancam Penyerang Guli Misteri

KUANTAN – Penduduk tempatan di sini semakin bimbang akan keselamatan diri mereka selepas banyak berlaku insiden melontar guli ke arah cermin kereta hingga sering mengakibatkan kerosakan.

Pegawai Khas Ahli Parlimen Kuantan, Aidil Haryman Mat Nor berkata kejadian ini dilaporkan berlaku sejak Jun lalu di sekitar Jalan Kampung Tengah, Jalan Wong Ah Jang, Jalan Kampung Jawa dan Jalan Haji Junid di sini.

“Sebanyak 11 kes telah diajukan kepada pihak kami bermula Jun sehingga kes terbaru pada 6 Dis lalu.

“Kami percaya guli ini dilastik atau ditembak menggunakan senapang angin kepada kereta-kereta mangsa jika dilihat kepada kesan yang ada,” katanya pada sidang media di Pejabat Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Kuantan, di sini hari ini.

Aidil Haryman berkata kesemua kejadian berlaku dalam lingkungan 7 petang sehingga 12 tengah malam semasa kenderaan sedang bergerak.

“Mangsa mendakwa guli dibaling oleh kenderaan yang berselisih dengan mereka semasa mereka memperlahankan kenderaan ketika melepasi bonggol.

“Pelaku dilaporkan menggunakan kereta atau motosikal dan kejadian berlaku dengan pantas dan tidak disedari mangsa,” katanya.


Aidil Haryman berkata pihaknya berharap pihak berkuasa dapat menjalankan siasatan lanjut mengenai kejadian ini kerana bimbang ia bermotifkan rompakan selain menyebabkan kecederaan kepada orang awam.

Sementara itu, seorang mangsa, Chin Tung Joon, 45, mendakwa pada 6 Dis lalu cermin tepi bahagian penumpang keretanya di belakang telah pecah ketika melalui Jalan Kampung Jawa di sini.

“Cermin kereta saya tiba-tiba pecah ketika melalui kawasan tersebut kira-kira jam 11.45 malam dan setelah diperiksa, saya menemui guli yang dipercayai menjadi puncanya.

“Saya kemudiannya membuat laporan polis pada keesokkan harinya setelah mendapati telah berlaku beberapa kes yang sama pernah terjadi di kawasan ini,” katanya. – BERNAMA

Kategori