Monday, January 20, 2025

Creating liberating content

Aidil Akui Guna No...

SUSULAN isu hangat Aidil Zafuan membuat laporan polis ke atas Rita Rudaini kerana...

Indonesia Benarkan Solat Tarawih...

JAKARTA – Presiden Indonesia, Joko Widodo atau Jokowi mengumumkan dua aktiviti yang kembali...

Kepala Abby Choi Ditemui...

Hong Kong : Polis menemui kepala sosialit dan pempengaruh Hong Kong, Abby Choi...

Mayat Warga Emas Ditemui...

MUAR - Mayat seorang wanita warga emas ditemui terdampar di tepi Sungai Muar...

Pengunjung Kuil Sri Maha Mariamman Seperti Biasa

SUBANG JAYA – Keadaan di kuil Sri Maha Mariamman USJ 25 di sini dan kawasan sekitarnya setakat pukul 11 pagi ini kelihatan tenang dengan ramai penganut berkunjung ke kuil seperti biasa bagi upacara sembahyang.

Tinjauan Bernama mendapati jumlah penganut yang berkunjung ke kuil itu lebih ramai hari ini berbanding semalam.

Cuma berlaku sedikit kesesakan lalu lintas di Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP) yang menghala ke kuil dan polis trafik dilihat cuba membantu melancarkan aliran trafik.

Menurut seorang pengunjung J. Kaliammah, 54, beliau datang ke kuil itu untuk sembahyang seperti biasa tanpa rasa takut selepas insiden rusuhan pada awal pagi Isnin dan Selasa lepas.

“Dengan kawalan yang dilakukan oleh pihak polis dan FRU (Pasukan Simpanan Persekutuan), kami berasa begitu selamat untuk datang ke kuil dan sembahyang seperti biasa,” katanya ketika ditemui Bernama di sini, hari ini.

K. Kanniappan, 62, pula berkata beliau ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak polis dan FRU kerana menjaga ketenteraman awam dan memulihkan keadaan.

“Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak polis dan FRU kerana menjaga keselamatan penganut-penganut yang datang ke kuil serta menjaga keamanan di sekitar kuil,” katanya.


Pasukan polis dan FRU masih melakukan kawalan di persekitaran kuil berkenaan walaupun keadaan dilihat kembali pulih.

Terdapat tujuh trak membawa anggota FRU dan sebuah jentera milik pasukan berkenaan ditempatkan berhampiran kuil itu.

Insiden kekecohan yang berlaku pada awal pagi Isnin dan Selasa berikutan perbalahan mengenai perpindahan kuil itu ke tapak baharu telah menyebabkan kecederaan parah kepada seorang anggota bomba Mohd Adib Mohd Kassim yang kini dirawat di Institut Jantung Negara.

Kejadian itu juga menyebabkan kecederaan kepada beberapa anggota keselamatan dan orang awam selain kemusnahan beberapa buah kenderaan dan premis perniagaan serta gangguan kepada ketenteraman awam. – BERNAMA

Kategori