Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

10 Mangsa Cedera Gempa...

ATHENS - Sekurang-kurangnya 10 mangsa dilaporkan cedera dalam gempa bumi yang melanda kawasan...

Hishammuddin Nafi Lepas Jawatan...

Susulan khabar angin perletakkan jawatan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein yang...

18 Maut Tentera, Pelombong...

GUASIPATI (Venezuela) - Sekurang-kurangnya 18 maut dalam pertempuran antara pihak tentera dan pelombong...

Selepas Puteri, TMJ Sambut...

JOHOR BAHRU - Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim dan isteri,...

Pengerusi PKR Kelantan Enggan Tunduk Desakan Berundur

KOTA BHARU – Pengerusi PKR Kelantan yang baru dilantik Datuk Seri Mohamad Suparadi Md Noor hari ini menegaskan tidak akan tunduk kepada desakan agar beliau melepaskan jawatan itu dan juga selaku ketua Cabang Tanah Merah.

Malah katanya desakan itu mungkin sengaja diwujudkan oleh ‘tangan ghaib’ yang kecewa dengan keputusan pada pemilihan lalu.

“Saya tidak ambil pusing dengan desakan itu. Apa yang penting saya mahu rapatkan dan tingkatkan keanggotaan parti,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini.

Katanya pelantikan beliau sebagai ketua cabang juga dibuat secara demokrasi menerusi proses pengundian oleh anggota PKR pada pemilihan lalu.

Sebelum ini dilaporkan PKR Tanah Merah menghantar surat kepada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia yang menyatakan cabang itu hilang kepercayaan terhadap Muhamad Suparadi serta Timbalannya Mohd Hanuzi Zaharim.

Surat yang ditandatangani Mohd Iswadi Ismail atas kapasiti sebagai Setiausaha PKR Tanah Merah itu turut menyatakan majoriti anggota cabang berkenaan bersepakat untuk membuat akuan bersumpah hilang kepercayaan terhadap ketua dan timbalan ketua cabangnya.

Mengulas surat itu, Mohamad Suparadi berkata Mohd Iswadi bukan lagi setiausaha cabang memandangkan kepimpinan baharu PKR Tanah Merah telah melantik setiausaha baharu iaitu Azam Hafizi Mustapaha bagi sesi 2018/2021, berkuat kuasa 25 Okt lalu.


Sementara itu, Azam Hafizi berkata surat yang dihantar Mohd Iswadi tidak mewakili PKR Tanah Merah kerana beliau tidak memegang sebarang jawatan dalam struktur kepimpinan baharu cabang tersebut.

“Kami memandang serius isu penggunaan jawatan dan kepala surat yang melibatkan nama PKR Cabang Tanah Merah dan menimbang untuk membuat laporan polis masa terdekat,” katanya.

Pada 15 Dis lalu, Mohamad Suparadi yang juga Pengerusi Tabung Eknomi Kumpulan Usaha Niaga (Tekun) telah dilantik sebagai Pengerusi PKR Kelantan oleh Presiden parti Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Pelantikannya mencetuskan kontroversi kerana beliau dianggap masih ‘orang UMNO’ dan belum sampai setahun menyertai PKR. – BERNAMA

Kategori