Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Piala AFF: Sasar 3...

SHAH ALAM – Kementerian Belia dan Sukan (KBS) menyasarkan tiga penerbangan sewa khas...

Myanmar: 187 Orang Maut...

YANGON - Setakat November 2018, seramai 187 daripada 22,284 orang yang dijangkiti demam...

Kementerian Pendidikan Terima Peruntukan...

KUALA LUMPUR - Kementerian Pendidikan (KPM) terus menerima peruntukan terbesar berjumlah RM52.6 bilion...

Pemuda UMNO Desak Siasat...

SHAH ALAM - Pergerakan Pemuda UMNO Selangor menggesa pihak berkuasa menyiasat Menteri Sumber...

Pengusaha Beca Disaran Berdaftar Bela Kebajikan

MELAKA – Pengusaha beca di Melaka disaran berdaftar di bawah persatuan sedia ada yang diiktiraf kerajaan negeri bagi memastikan kebajikan mereka sentiasa dibela.

Ketua Menteri Melaka Adly Zahari berkata kerajaan menyediakan pelbagai insentif dan sumbangan kepada pengusaha beca berkenaan termasuk latihan percuma untuk meningkatkan komunikasi mereka dengan pelancong.

Beliau berkata ia kerana golongan berkenaan merupakan duta pelancongan dan jurucakap kerajaan negeri untuk mempromosikan sektor pelancongan.

“Latihan komunikasi penting untuk meningkatkan mutu perkhidmatan pengusaha beca kepada pelancong malah ia turut memberi imej positif kepada kerajaan negeri.

“Kita sentiasa melihat aspek kebajikan yang boleh ditambah baik dari semasa ke semasa untuk golongan ini agar peranan mereka ini mendapat pengiktirafan sewajarnya,” katanya kepada pemberita selepas sidang akbar Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Melaka di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, beliau berkata selain itu Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri telah meluluskan peruntukan sebanyak RM40,000 kepada pengusaha beca berdaftar di negeri ini bagi mengiktiraf peranan mereka.​​​​​​​

Katanya sumbangan berkenaan akan diberikan kepada pengusaha beca berkenaan dalam satu majlis penghargaan dalam masa terdekat namun jumlah penerima belum dimuktamadkan.


​​​​​​​Adly berkata kerajaan negeri juga akan menyampaikan mesej tentang hala tuju kerajaan Pakatan Harapan dan matlamat yang ingin dicapai sektor pelancongan negeri khususnya menjelang Tahun Melawat Melaka 2019.​​​​​​​

Berkaitan identiti beca tradisional Melaka yang didakwa semakin terhapus, beliau berkata ia bergantung pada peruntukan yang dikeluarkan pengusaha beca selaras dengan arus pemodenan bagi menarik pengunjung.

Sementara itu, katanya aktiviti khurafat yang berlaku di Pulau Besar seperti tular di media sosial baru-baru ini adalah palsu dan tidak berasas.

Beliau berkata kerajaan negeri melalui Majlis Agama Islam Melaka sentiasa melakukan pemantauan di pulau berkenaan agar aktiviti tersebut dapat dikekang.

“Aktiviti khurafat dan pembinaan kuil seperti yang didakwa berlaku di Pulau Besar sebenarnya tidak berlaku. Individu yang menyebarkan berita tersebut perlu memperbetulkan fakta berkenaan agar ia tidak menggugat keharmonian kaum,” katanya. – BERNAMA

Kategori