Tuesday, January 21, 2025

Creating liberating content

Maksiat Hari Kekasih: 11...

JOHOR BAHRU - Jabatan Agama Islam Johor (JAIJ) menahan 11 pasangan yang dipercayai...

LIMA’23: 43 Kontrak Bernilai...

LANGKAWI - Sejumlah 43 kontrak bernilai RM10.128 bilion dimuktamadkan oleh Kementerian Pertahanan semasa...

SPRM Tahan 6 Disyaki...

PUTRAJAYA - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan enam individu disyaki menjadi 'orang...

Azizulhasni Tarik Diri Acara...

BRISBANE – Jaguh berbasikal trek negara, Azizulhasni Awang menarik diri daripada acara...

Pensyarah Dipenjara Minta Habuan Seks

LAGOS -Gara-gara meminta habuan seks dari pelajar wanita yang terdesak mendapatkan markah tinggi, seorang pensyarah universiti di Nigeria bakal berdepan hukuman penjara kerana kelakuan tidak senonohnya itu.

Hakim Maurine Onyetenu dari Mahkamah Tinggi Persekutuan di Osogbo, semalam mendapati Richard Akindele, iaitu profesor di Universiti Obafemi Awolowo di Ile-Ife didapati melakukan kesalahan rasuah dan gangguan seksual.

Namun, peguamnya yang meminta supaya Akindele dibenarkan membuat rayuan di atas pertuduhan pada 19 November lalu, bagaimanapun ditolak hakim.

“Isu seperti ini terlalu berleluasa di institusi pengajian tinggi bila mana anak-anak yang dihantar ke universiti dan pulang ke rumah memberitahu kami bahawa pensyarah mahu melakukan seks dengan mereka.

“Inilah masanya untuk mahkamah mula menegakkan hak keadilan kepada kanak-kanak, terutamanya pelajar perempuan,” kata Hakim Onyetenu.


Dalam kes ini, Akindele didapati bersalah atas semua empat pertuduhan dan dia dijatuhi hukuman penjara selama dua tahun.

Dia ditangkap dan dipecat dari jawatannya pada Jun lalu. – AFP/BH ONLINE

Kategori