Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Gajah Asia Kini Diancam...

BANGKOK – Diburu untuk gadingnya yang cukup bernilai, gajah Asia kini menghadapi ancaman...

Tak Perlu Faham Tony:...

TAIKUN penerbangan dan pemilik kelab Queen Park Rangers, Tan Sri Tony Fernandez melahirkan...

Kes Harian Covid-19 Bawah...

PUTRAJAYA – Kes harian negara masih di bawah 6,000 dengan 5,143 kes hari...

Memalukan.. Aksi Pemimpin GHB...

BAGAI satu rahsia terbuka (open secret) yang diketahui semua orang, parti Gerakan Harapan...

Penuntut Universiti Swasta Urus Tiga Pelacur Ditahan

KOTA BHARU – Seorang penuntut universiti swasta berusia 24 tahun yang juga ‘bapa ayam’, menguruskan tiga pelacur ditahan dalam tiga serbuan di dua apartmen di Lorong Minyak Gas dan Jalan Post Office Lama, di sini, semalam.

Serbuan pada jam 7.30 malam, penuntut tahun kedua jurusan Ijazah Sarjana Muda Sumber Manusia ditahan di hadapan lif tingkat satu apartmen di Lorong Minyak Gas oleh sepasukan pegawai dan anggota Bahagian Anti Maksiat, Perjudian dan Kongsi Gelap (D7) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan.

Pegawai Turus D7 Kelantan, Asisten Superintendan Mat Zol Ismail, berkata susulan itu pihaknya menahan seorang wanita berusia 36 tahun dari Bukit Mertajam, Pulau Pinang yang sedang melayan seorang pelanggan lelaki.

Katanya, serbuan ketiga di apartmen di Jalan Post Office Lama menahan dua wanita berusia 27 dan 40 tahun masing-masing berasal dari Sarawak dan Melaka.

“Modus operandi kumpulan itu, dengan menawarkan perkhidmatan seks melalui aplikasi WeChat sebelum bertemu pelanggan di rumah tumpangan di sekitar Kota Bharu.


“Siasatan mendapati, tiga wanita itu menjalankan aktiviti pelacuran secara persendirian atau sambilan.

“Mereka akan bergerak dari satu negeri ke negeri yang lain mengikut permintaan pelanggan dengan bayaran RM300 sekali perkhidmatan. Pelanggan juga perlu membayar deposit selepas proses tawar menawar selesai,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini. – BH Online

Kategori