Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

Ramai Tak Bersetuju Wajibkan...

TAK ramai sebenarnya ibu bapa yang bersetuju dengan cadangan pelaksanaan untuk mewajibkan penggunaan...

Identiti Sebenar Jejaka Sebar...

SEJAK semalam, industri hiburan negara dikejutkan dengan kontroversi klip video lucah yang dikatakan...

Pengacaraan Nabil Dan Jihan...

JIKA anda peminat setia program Gegar Vaganza (GV), pasti anda juga tidak sabar...

Dadah Bernilai RM101,000 Dirampas...

JOHOR BAHRU ā€” Polis Johor merampas dadah pelbagai jenis termasuk ganja, heroin dan...

Perak Kaji Larangan Penggunaan Straw Plastik

IPOH – Kerajaan negeri akan kaji dahulu sebelum kuat kuasa larangan penggunaan straw minuman plastik di negeri itu, kata Exco Pendidikan, Teknologi, Sains dan Alam Sekitar negeri Dr Abdul Aziz Bari.

Beliau berkata pihaknya akan mengadakan perbincangan dengan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) serta peniaga yang terlibat dalam sektor makanan sebelum sebarang penguatkuasaan dilakukan.

“Kita tidak mahu membuat sebarang keputusan yang akan menyusahkan peniaga terutama peniaga kecil kerana sudah tentu mereka mempunyai bekalan straw yang telah dibeli sebelum itu dan ia sudah tentu merugikan mereka.

“Kita akan memastikan segala keputusan dan perubahan tidak dilaksana secara drastik kerana tidak mahu menyusahkan golongan peniaga,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Sambutan Hari Alam Sekitar Negara 2018 peringkat negeri di sini hari ini.

Bermula 1 Jan tahun depan, semua premis perniagaan menjual makanan dan minuman di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan dilarang menggunakan straw minuman plastik bagi mengurangkan pencemaran berasaskan plastik serta memulihara alam sekitar.

Ketua Setiausaha Kementerian Wilayah Datuk Seri Adnan Md Ikhsan berkata tempoh untuk mendidik masyarakat terutamanya peniaga akan dilaksanakan sehingga tahun 2020 sebelum tindakan penguatkuasaan undang-undang dilaksanakan sepenuhnya.


Terdahulu dalam ucapannya, Abdul Aziz berkata kerajaan negeri sentiasa mengalu-alukan penglibatan dari pertubuhan bukan kerajaan, komuniti korporat serta individu terlibat dalam program dan aktiviti berteraskan alam sekitar.

Kerajaan negeri turut berharap komuniti korporat khususnya sektor perkilangan lebih proaktif menjalankan operasi dengan penggunaan teknologi bersih dan menerapkan elemen pengeluaran bersih dalam penghasilan produk, katanya.

Beliau berkata ia dapat mengurangkan pencemaran alam sekitar termasuk pemanasan global selain membantu penjenamaan produk mesra alam yang berpotensi serta berdaya saing untuk pasaran luar negara. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • Straw

Kategori