Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Rakyat Sabah Tolak Semua...

KOTA BELUD - Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah, Datuk Seri Dr Salleh Said...

Petronas Kurangkan Minyak Mentah...

KUALA LUMPUR - Petronas akan mengurangkan sehingga 20,000 tong sehari (bpd) minyak mentah...

Ong Kim Swee Jurulatih...

KUALA LUMPUR - Jurulatih sementara skuad bola sepak kebangsaan, Datuk Ong Kim Swee...

Ditahan Jawi, Siti Nuramira...

KUALA LUMPUR – Hanya beberapa minit selepas dibebaskan, wanita kontroversi yang didakwa menghina...

Perhilitan Perlis Tangkap Buaya Seberat 10 Kg

PADANG BESAR – Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Perlis hari ini menangkap seekor buaya berukuran 1.35 meter panjang berhampiran Pusat Rekreasi Tasik Melati, Beseri, di sini.

Pengarah jabatan itu, Saat Yaakob berkata kehadiran buaya seberat 10 kilogram di kawasan tersebut diketahui pihaknya melalui video berdurasi lebih 30 saat yang tular di media sosial baru-baru ini.

“Perhilitan memasang perangkap sejak 9 Dis lepas dan pagi ini buaya yang dianggarkan berusia lima hingga 10 tahun memasuki perangkap,” katanya semasa dihubungi.

Menurut Saat, Perhilitan masih menyiasat kemungkinan reptilia tersebut dilepaskan pihak tertentu atau mungkin tersesat.

Beliau menasihatkan rang ramai yang memelihara hidupan liar yang dilindungi supaya memohon lesen atau permit khas.

Mereka yang melanggar peraturan itu boleh didakwa mengikut Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 (Akta 716), katanya sambil mengharapkan orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai hidupan liar yang terbiar supaya menghubungi Perhilitan Perlis di talian 04-9761813. – BERNAMA

Kategori