Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Apakah Malaysia Ada ‘2...

MUNGKIN ramai tidak menyedari sesuatu yang mengelirukan dan tidak sepatutnya berlaku telah terjadi...

“Aiman Pun Tak Kisah...

FARA Hazel, kakak kepada penyanyi Aiman Tino memberitahu ada menggunakan nama dan populariti...

Bapa Ainul Mohon Rakyat...

KUALA LUMPUR - Sebanyak RM400,000 sumbangan diperlukan bagi menampung kos rawatan dan membawa...

Aksi Separuh Bogel, Lelaki...

SHAH ALAM : Seorang instafamous yang menjadi penganjur majlis hari raya dengan membuat...

Perhimpunan Agung PPBM Buka Tirai Di Putrajaya

PUTRAJAYA – Perhimpunan Agung Tahunan (PAT) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) kali kedua buka tirai dengan pembukaan serentak PAT sayap Srikandi dan Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) malam ini.

Majlis perasmian perhimpunan sayap parti itu akan disempurnakan Presiden PPBM, Tan Sri Muhyiddin Yassin di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di pusat pentadbiran kerajaan persekutuan.

Secara keseluruhan, kira-kira 1,600 perwakilan Srikandi dan Armada akan menghadiri perhimpunan sayap parti yang berakhir petang esok.

Turut dijadual diadakan hari ini ialah mesyuarat khas Majlis Pimpinan Tertinggi parti dipengerusikan Muhyiddin.

Selesai perhimpunan Srikandi dan Armada, malam esok bakal berlangsung acara perasmian PAT parti komponen Pakatan Harapan (PH) itu yang akan disempurnakan Perdana Menteri merangkap Pengerusi PPBM, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Mahathir dijadual menyampaikan ucapan dasar di Dewan Plenary PICC dengan kehadiran kira-kira 1,550 perwakilan daripada 135 bahagian Bersatu di seluruh negara.


PAT PPBM bersambung pada Ahad dengan ucapan oleh Muhyiddin selain sesi perbahasan oleh perwakilan.

Kemuncak PAT itu menyaksikan pemimpin parti termasuk Mahathir dan Muhyiddin menyampaikan ucapan penangguhan masing-masing.

PAT PPBM dari 28 hingga 30 Disember itu kali pertama diadakan selepas PH menerajui kepimpinan negara susulan Pilihan Raya Umum ke-14 pada Mei lalu. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • PPBM

Kategori