KULIM – Perhimpunan di ibu negara pada 8 Disember ini bukan sahaja untuk membantah Kovensyen Antarabangsa Mengenai Pembasmian Diskriminasi Kaum (ICERD) tetapi juga menuntut janji kerajaan Pakatan Harapan (PH).
Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki, berkata mesej ini perlu disampaikan selepas pelbagai janji dibuat PH yang sehingga kini masih belum ditunaikan.
āKita bukan sahaja ingin memberi mesej kepada kerajaan mengenai ICERD, kita juga mahu memberikan mesej lain…jika bab ICERD mereka kononnya mahu tunaikan janji, mereka perlu tunaikan janji yang lebih utama. Janji apa? Janji yang menyentuh soal rakyat…kos sara hidup rakyat yang semakin meningkat.
āDulu kata kalau PH menang kos sara hidup turun, minyak turun RM1.50, PTPTN (Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional) tak payah bayar, tol dihapuskan. Kalau mereka bohong kita kena sampaikan mesej ini,ā katanya pada program Padang Serai Tolak ICERD di sini, malam tadi.
Sementara itu, Asyraf turut mengingatkan peserta perhimpunan jangan membawa senjata selain turut menyarankan mereka berpakaian putih turun dengan aman serta membawa bendera Malaysia.
āBawa juga poster…tulislah apa kita nak tulis supaya mesej ini kita bawa kepada kerajaan. Kerajaan perlu sedar dan jangan sesekali memperbodohkan rakyat.
āKita ingin bawa mesej kepada mereka yang kita ini rakyat yang cintakan keamanan. Mereka tidak boleh jadikan kita mangsa hancing mereka,ā katanya. – BH Online