Saturday, January 25, 2025

Creating liberating content

Op Selamat 12: 8,768...

MELAKA - Sebanyak 8,768 saman melibatkan pelbagai kesalahan dikeluarkan polis menerusi Op Selamat...

Kerajaan Terengganu Jadikan Nina...

SETIU - Kerajaan negeri Terengganu akan mengambil Woo Nina Grace, 19, yang baharu...

Rosmah Perlu Hadir Di...

KUALA LUMPUR ā€“ Isteri bekas perdana menteri, Datin Seri Rosmah Mansor diminta hadir...

Cadangan KM Sarawak Hanya...

KUCHING ā€“ Pengerusi DAP Sarawak, Chong Chieng Jen mengambarkan cadangan Ketua Menteri Sarawak,...

Peruntukan RM289 Juta Untuk Rancangan Makanan Tambahan

KUALA LUMPUR – Sebanyak RM289 juta diperuntukkan untuk melaksanakan Rancangan Makanan Tambahan (RMT) bagi murid sekolah yang tergolong dalam kumpulan miskin tegar, tahun depan.

Timbalan Menteri Pendidikan Teo Nie Ching berkata RM250 juta akan digunakan untuk membekalkan makanan bernilai RM2.50 sehari bagi setiap murid di Semenanjung manakala RM3 sehari bagi setiap murid di Sabah, Sarawak dan Labuan selama 190 hari iaitu jumlah hari minimum sesi persekolahan.

Beliau berkata baki RM39 juta akan digunakan untuk membekalkan susu atau makanan lain.

“Bagi tahun 2018, seramai 489,117 murid menerima RMT melibatkan 7,316 sekolah di seluruh negara. KPM sentiasa berusaha mempertingkatkan pendidikan dan kesihatan dalam kalangan murid. Sehubungan itu, pelbagai bantuan dilaksanakan termasuk Rancangan Makanan Tambahan (RMT),” katanya ketika menjawab soalan Senator Datuk M. Sambanthan pada persidangan Dewan Negara hari ini.

Teo berkata pemantauan bagi memastikan kantin sekolah membekalkan makanan berkhasiat kepada murid di bawah tanggungjawab pengetua, guru besar dan Persatuan Ibu Bapa dan Guru di mana operator boleh dikenakan tindakan penamatan kontrak jika didapati makanan dijual tidak mengikut garis panduan. – BERNAMA

Kategori