Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

PRU14 Rezeki Untuk Pemasang...

KOTA BHARU - Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) turut memberi tempias kepada golongan...

Afifah Tidak Tersinggung Dibandingkan...

KUALA LUMPUR - Pelakon baharu, Afifah Nasir tidak berasa tersinggung sekiranya ada pihak...

JHEAINS Pantau Gerakan Ajaran...

KOTA KINABALU - Kerajaan Sabah melalui Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah...

750 Pengamal Media Dijangka...

KUALA LUMPUR - Kira-kira 750 pengamal media tempatan dan antarabangsa mewakili kira-kira 100...

Pesawat Berpatah Balik Angkara Organ Manusia

CHICAGO – Pesawat milik syarikat penerbangan Southwest Airlines yang dalam perjalanan dari Seattle ke Dallas terpaksa berpatah balik, selepas mendapati bekas mengandungi jantung manusia, tertinggal di dalam kapal terbang itu.

Kehadiran bekas mengandungi organ itu hanya disedari ketika pesawat sudah berada di timur Idaho, iaitu kira-kira 950 kilometer dari Seattle.

“Sebaik sahaja kami menyedari kesilapan sudah berlaku, kami segera berpatah balik ke Seattle,” kata jurucakap syarikat penerbangan itu, Dan Landson kepada AFP.

Jantung manusia bagi tujuan pembedahan pemindahan organ itu dikatakan diperoleh dari California sebelum diterbangkan ke Seattle menggunakan penerbangan itu.

Bagaimanapun, Southwest Airlines tidak mendedahkan butiran lanjut mengenai nama syarikat yang menghantar organ itu atau mengesahkan maklumat lain mengenai insiden berkenaan.

Namun, Seattle Times dalam laporannya berkata, juruterbang memaklumkan penumpang pesawat bahawa kargo terbabit adalah jantung manusia. – AFP/BH ONLINE

Kategori