Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Israel Dilanda Gempa Bumi

TEL AVIV - Satu gempa bumi sekuat 4.2 Richter sehingga menggegarkan bandar-bandar di...

PM Tiba Di K.Kinabalu...

KOTA KINABALU - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak tiba di Kota...

Hamas Tolak Gencatan Senjata

GAZA CITY - Seorang pegawai kanan Hamas berkata kumpulan itu menolak gencatan senjata...

Piala FA: Pahang, Kedah...

KUALA LUMPUR - Perlawanan akhir Piala FA 2017 di Stadium Shah Alam pada...

Petronas Minta Maaf Isu Petrol Campur Air

AKUI… Petronas hari ini memohon maaf susulan kejadian kira-kira 20 buah kenderaan akibat alami masalah selepas isi minyak di Stesen Petronas Solaris Besraya di Serdang, Selangor pagi tadi.

Perkara tersebut diumumkan sendiri oleh pihak pengurusan syarikat minyak kebangsaan itu menerusi satu kenyataan media yang disiarkan dalam akaun sosial Facebook rasmi Petronas Brands pada petang ini.

Petronas juga memohon maaf atas kejadian aneh tersebut namun menegaskan bahawa stesen minyak jenama itu di tempat-tempat lain tidak terlibat dengan insiden kebocoran air yang masuk ke tangki simpanan petrol stesen.

“Kami telah hubungi para pelanggan yang terlibat, malah ambil tindakan yang sepatutnya dan akan beri pampasan sewajarnya kepada mereka. Kami justeru memohon maaf sekali lagi atas isu ini,” kata kenyataan Petronas.

Susulan kejadian itu Pengarah Bahagian Penguatkuasaan, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hel Ehwal Pengguna, (KPDNHEP), Datuk Mohd. Roslan Mahayuddin turut melakukan pemeriksaan ekoran kejadian itu.

Difahamkan, pemilik stesen berkenaan percaya bahawa satu tangki petrol di stesen tersebut dimasuki air sekali gus menyebabkan minyak yang diisi ke dalam kenderaan pelanggan mereka turut telah tercampur dengan air tersebut.

Mohd. Roslan ketika ditemui Utusan Malaysia bagaimanapun berkata, beliau telah segera mengarahkan pegawai-pegawainya untuk ke stesen minyak tersebut selepas kejadian itu mula tular dalam kalangan pengguna media sosial.


“Kira-kira empat pegawai penguat kuasa dari pejabat Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Kajang telah bergegas ke tempat kejadian dan dimaklumkan oleh pemilik stesen minyak tersebut berlaku sedikit masalah.

“Ia apabila satu tangki yang isi petrol dimasuki air. Saya dimaklumkan juga pihak stesen minyak sedang melakukan kerja penyelenggaraan dan menjelang pukul 7 petang hari ini, stesen minyak itu boleh beroperasi seperti biasa.

“Setakat ini kesemua pam minyak telah ditutup dan dihentikan bagi elak lebih ramai pengguna terjejas,” katanya sambil tambah, melihat kejadian yang berlaku, pihak stesen wajar tanggung kerosakan dialami pengguna terjejas.

“Di pihak KPDNHEP, kami telah ambil sampel petrol dan akan lihat kejadian ini dari sudut undang-undang yang ada, jika berlaku pelanggaran, kami akan kaji tindakan sewajarnya,” kata Mohd. Roslan. – Agensi/Mynewshub.TV

Kategori