Monday, January 20, 2025

Creating liberating content

Komitmen Malaysia Bantu Rakyat...

KUALA LUMPUR - Malaysia telah dipuji kerana usahanya memperjuangkan hak rakyat Palestin ke...

Selepas 5 Bulan, Apa...

KUALA LUMPUR - Peguam Negara, Tommy Thomas dan Ketua Polis Negara, Tan Sri...

Guru Diikat, Diugut Bunuh...

GERIK - Akibat cemburu seorang lelaki sanggup mengikat dan mencederakan isterinya selepas mengesyaki...

Op Cantas Khas 2:...

PASIR MAS - Op Cantas Khas 2 yang dijalankan polis di sekitar daerah...

Petugas Kesihatan AS Dikuarantin, Terdedah Ebola

LINCOLN – Seorang petugas kesihatan Amerika Syarikat (AS) yang mungkin terdedah kepada virus Ebola ketika merawat pesakit di Republik Demokratik Rakyat Congo tiba di AS semalam dan dikuarantin di Nebraska.

Petugas yang belum menunjukkan sebarang gejala Ebola setakat ini itu akan dipantau selama dua minggu di Pusat Perubatan Universiti Nebraska (UNMC) di Omaha, kata pusat berkenaan dalam satu kenyataan.

Identiti pesakit juga tidak didedahkan atas alasan peribadi.

Gejala seperti demam dan sakit di bahagian perut mungkin akan muncul dalam masa tiga minggu selepas terdedah dengan virus maut itu, kata Pusat Pencegahan dan Kawalan Penyakit.

Sekiranya gejala mula menular, petugas berkenaan akan dipindahkan ke Unit Pembendunganbio Nebraska, salah satu unit khusus untuk merawat penyakit berjangkit di AS.


Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), wabak Ebola di Congo adalah yang kedua terburuk pernah berlaku dan mengorbankan 356 orang daripada 585 yang dijangkiti sejak menular enam bulan lalu.

Pusat ini pernah merawat tiga pesakit yang terdedah dengan virus itu pada 2014 dan memantau beberapa lagi ketika penularan terburuk Ebola pada 2013 hingga 2016 di Afrika Barat dengan lebih daripada 28,000 kes disahkan. – Reuters/BH ONLINE

Kategori