Monday, October 28, 2024

Creating liberating content

Rafizi Belum Layak Jadi...

KUALA LUMPUR - Wanita Parti Keadilan Rakyat (PKR) mengingatkan Naib Presidennya sendiri, Rafizi...

Pemuda PAS Mohon Sumbangan...

KUALA LUMPUR - Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) memohon orang ramai menghulurkan bantuan...

Malaysia Tangani Isu Rohingya...

PUTRAJAYA - Malaysia akan terus menangani isu membabitkan minoriti Islam Rohingya di Myanmar...

RON97 Naik 2 Sen,...

KUALA LUMPUR - Harga runcit petrol RON97 naik dua sen seliter iaitu daripada...

Piala AFF: ‘Aura’ Final Turut Dirasai Di Axiata Arena

KUALA LUMPUR – Walaupun kecewa tidak dapat menyaksikan perlawanan akhir pertama Piala AFF antara Malaysia dan Vietnam di Stadium Nasional Bukit Jalil, kira-kira 7,000 penyokong Harimau Malaya tetap merasai suasana seumpama di stadium tersebut.

Sorokan dan tepukan penyokong hadir menyaksikan tayangan secara langsung perlawanan itu yang menggegarkan Axiata Arena pada malam ini, memberikan ‘aura’ seolah-olah berada di dalam Stadium Nasional, yang berada di sebelah.

Tayangan itu merupakan inisiatif Kementerian Belia dan Sukan (KBS) serta Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) selepas ribuan penyokong skuad Harimau Malaya hampa tidak dapat membeli tiket perlawanan tersebut.

Ketua Pegawai Eksekutif PSM, Azman Fahmi Osman ketika ditemui Bernama berkata inisiatif itu dilakukan pihaknya dan KBS kerana mahu memberikan ‘aura’ final kepada penyokong yang tidak dapat membeli tiket.

Sebanyak 80,000 tiket bagi perlawanan malam ini, habis dijual dalam masa yang singkat, 40,000 dijual dalam talian dan selebihnya secara fizikal.

Aksi timbal balik perlawanan itu akan berlangsung di Stadium Nasional My Dinh, Hanoi pada Sabtu ini.


Malaysia mara ke final menerusi peraturan gol di tempat lawan selepas terikat 2-2 menentang Thailand pada aksi separuh akhir, manakala Vietnam mencatat kemenangan agregat 4-2 ke atas Filipina.

Kali terakhir Malaysia mara ke final adalah pada edisi 2014, namun terpaksa berpuas hati sebagai naib juara apabila tewas 3-4 secara agregat kepada Thailand, manakala pada edisi 2016, skuad Harimau Malaya kecundang di peringkat kumpulan.

Malaysia muncul juara buat julung kali kejohanan itu pada edisi 2010, apabila skuad kendalian Datuk K. Rajagopal menewaskan Indonesia 4-2 secara agregat pada final. – BERNAMA

Kategori