Tuesday, January 28, 2025

Creating liberating content

Bajet 2023: Kementerian Kewangan...

Pontian : Kementerian Kewangan tidak menerima sebarang cadangan atau permohonan pengeluaran Kumpulan Wang...

Pemuda PAS Wilayah Persekutuan...

KUALA LUMPUR - “Nik Nazmi Nik Ahmad memulakan langkah sumbang sebagai Ketua Angkatan...

JKNT Terima 4 Aduan...

KUALA TERRENGGANU - Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu (JKNT) menerima empat aduan berkaitan penjualan...

Warga Emas Maut Ketika...

SEORANG wanita warga emas berusia 91 tahun meninggal dunia akibat sesak nafas ketika...

FAM Tambah 10K Tiket Dalam Talian 9 Pagi Sabtu

KUALA LUMPUR – Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) akan menambah 10,000 tiket lagi untuk dijual secara dalam talian bagi aksi final Piala AFF 2018 antara Malaysia dan Vietnam pada Selasa depan selepas 20,000 tiket yang diperuntukkan habis dijual pagi ini.

FAM menerusi laman Facebooknya berkata kesemua tiket yang diperuntukan habis dijual dalam masa singkat selepas sahaja www.tickethotline.com.my memulakan jualan setengah jam lebih awal untuk menguji sistem daripada waktu sepatutnya pukul 9 pagi ini.

Lantaran itu, FAM mengambil pendekatan menambah jumlah tiket dalam talian daripada 20,000 keping kepada 30,000 keping dengan baki 10,000 itu akan dijual secara dalam talian bermula pukul 9 pagi esok.

Seterusnya baki 40,000 tiket fizikal akan dijual di Stadium Nasional Bukit Jalil bermula Ahad ini.

Malaysia mara ke perlawanan akhir selepas ikat juara bertahan Thailand 2-2 pada aksi separuh akhir kedua di Bangkok pada Rabu manakala Vietnam mara ke final selepas catat kemenangan agregat 4-2 ke atas Filipina pada Khamis.

Perlawanan akhir Piala AFF Suzuki 2018 akan menggunakan format timbal balik dengan skuad negara bakal melayan kunjungan Vietnam pada 11 Disember, sebelum aksi final kedua di Hanoi, 15 Disember ini. – BERNAMA

Kategori