Wednesday, January 22, 2025

Creating liberating content

IPTS Bawah KKLW Diberi...

PUTRAJAYA - Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) di bawah Kementerian Kemajuan Luar Bandar...

Akses Instagram Disekat Di...

MOSCOW – Pengguna Instagram di Rusia tidak dapat melayari laman media sosial itu...

Lima ‘Bidadari’ Cantik Buat...

ANGGUN... Beberapa keping gambar memaparkan lima beradik yang berwajah sangat cantik telah berjaya...

Perhimpunan ICERD: Jangan Tanam...

KUALA LUMPUR – Peserta perhimpunan kesyukuran Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Bentuk Diskriminasi Kaum...

Piala Tun Sharifah Rodziah: Kedah Tetap Rendah Diri

PETALING JAYA – Pasukan bola sepak wanita Kedah tetap merendah diri walaupun muncul pasukan berada di tangga teratas liga dalam saingan Piala Tun Sharifah Rodziah yang menggunakan format liga sepusingan dan empat pasukan teratas layak ke peringkat separuh akhir.

Memasuki aksi separuh akhir esok, finalis edisi lepas, Kedah bakal bertemu Selangor manakala satu lagi perlawanan separuh akhir melibatkan pertemuan Melaka dengan Sabah.

Jurulatih Kedah, Mohamad Zulkifli Jaafar berkata walaupun pemainnya menunjukkan prestasi membanggakan dengan mencatat enam kemenangan dan hanya satu seri menentang Melaka pada saingan liga sebelum ini, itu bukanlah jaminan setelah saingan memasuki peringkat separuh akhir.

“Berdepan Selangor bukanlah tugas mudah kerana saya pasti kedua-dua pasukan inginkan kemenangan dan mara ke perlawanan akhir.

“Mungkin kami mempunyai sedikit kelebihan dengan kehadiran empat pemain dari pasukan kebangsaan tetapi pasukan lain seperti Melaka dan Sabah juga mempunyai lebih ramai pemain yang mewakili pasukan kebangsaan,” katanya pada sidang media pra-perlawanan separuh akhir kejohanan itu di Wisma FAM hari ini.

Sementara itu, jurulatih Selangor Zainal Nordin lebih selesa pasukannya dilabel sebagai ‘underdog’ dan beliau mempunyai strategi tersendiri bagi menghadapi Kedah.


“Rata-rata pemain saya masih muda dan kurang berpengalaman tetapi itu bukan alasan untuk kami menyerah kalah dengan mudah.

“Rehat selama dua minggu sebelum ini kami gunakan sebaiknya untuk memperbaiki kekurangan pasukan namun latihan kami agak terganggu dengan keadaan cuaca tidak menentu. Walau apa pun kami akan berusaha memberi saingan kepada Kedah,” katanya.

Perlawanan separuh akhir antara Kedah dan Selangor akan berlangsung di Stadium UiTM Shah Alam pada 9 pagi esok, manakala aksi antara Melaka dan Sabah di Stadium MMU Cyberjaya pada waktu yang sama. – BERNAMA

Kategori