Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

PM Saman Setiausaha Agung...

KUALA LUMPUR - Gara-gara membat kenyataan berbaur fitnah, Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat...

Anak Malaysia Cipta Sejarah...

RAKYAT Malaysia yang bermain bagi pasukan bola sepak Amerika Syarikat melakar sejarah apabila...

121 Mangsa Berada Di...

IPOH - Sebanyak 121 daripada 36 keluarga masih berada di tiga pusat pemindahan...

“Saya Tak Pernah Minta...

TEGAS... Hasrat Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk bersih namanya kini tampak tidak kesampaian...

Piya Dakwa KAFA Belum Lunas Tunggakan Gaji

KOTA BHARU – Bekas ketua pasukan Kelantan, Mohd Badri Mohd Radzi mendakwa Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) masih belum melunaskan tunggakan gajinya ketika beraksi bersama pasukan itu musim ini.

Mohd Badhri atau Piya berkata beliau kecewa dengan sikap membisu bekas majikannya itu berhubung tunggakan gaji yang masih belum diterimanya walaupunya hanya beraksi pada awal musim.

Menurutnya, beliau berhak membuat tuntutan itu memandangkan kontrak bersama ‘The Red Warriorsā€™ (TRW) tamat pada hujung November lalu tanpa diberikan peluang beraksi sejak pertengahan musim ini.

“Kali terakhir saya menerima bayaran pada April lalu selepas dipinggirkan daripada TRW,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Mohd Badri, yang sah beraksi bersama Perlis musim depan, berkata berikutan itu beliau terpaksa mengikat ‘perut’ hampir tujuh bulan menunggu pembayaran gaji daripada persatuan itu.


“Sebagai pemain saya ingin menuntut hak tersebut kerana saya mempunyai komitmen kewangan yang tinggi yang perlu dibayar.

“Apa yang membuat saya kecewa KAFA hanya sekali memanggil untuk berbincang mengenai perkara itu namun selepas itu tiada lagi usaha yang dilakukan untuk mencari jalan penyelesaian terbaik sehingga ke hari ini,” katanya. – BERNAMA

Kategori