Saturday, January 25, 2025

Creating liberating content

Pegawai Kastam P.Pinang Maut...

BUTTERWORTH - Seorang pegawai Jabatan Kastam Pulau Pinang yang dalam perjalanan ke...

Remaja Tidur Di Hotel...

Hulu Selangor: Remaja lelaki berusia 16 tahun yang dilaporkan hilang dari surau perumahan...

Neelofa Kecewa Tudung Diciplak,...

APABILA sesuatu jenama mendapat sambutan hangat, pasti akan ada pihak mahu meniru dan...

Aiyokk Che Ta Bagi...

SATU Malaysia semalam gempar dengan kisah seorang artis popular tergamak memukul isterinya yang...

PKR Umum Lima Lagi Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri

KUALA LUMPUR – PKR hari ini mengumumkan lima lagi lantikan baharu baharu Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN).

Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil dalam kenyataan, berkata Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengadakan sesi rundingan bersama ketua-ketua cabang PKR dan bersetuju melantik pengerusi-pengerusi MPN Johor, Terengganu, Perlis, Selangor dan Kelantan.

Semalam, parti itu telah mengumumkan enam pengerusi MPN iaitu Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak (Perak); Amiruddin Harun (Negeri Sembilan); Datuk Johari Abdul (Kedah); Datuk Christina Liew Chin Jin (Sabah); Zahir Hassan (Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur) dan Halim Bachik (Melaka).

“Senarai nama pengerusi MPN bagi negeri-negeri lain pula akan diumumkan kemudian”, katanya.

Berikut senarai Pengerusi MPN yang dilantik semalam:


Johor: Hassan Abdul Karim
Terengganu: Azan Ismail
Perlis: Amran Kamarudin
Selangor: Amirudin Shaari
Kelantan: Datuk Seri Mohamad Suparadi Md Noor​​​​​.​​ – BERNAMA

Kategori