Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

UMNO Pekan Desak Mahfuz...

PEKAN - UMNO Bahagian Pekan hari ini, mendesak supaya anggota Parlimen Pokok Sena,...

Sate ‘Hipster’ Warna Warni...

PERNAHKAH anda bayangkan sate yang berwarna-warni? Mungkin agak pelik didengari namun kelazatan hidangannya...

Pengangkutan L.O.R.D Untuk Wanita

KUALA LUMPUR - Setelah mendengar banyak cerita mengerikan mengenai rompakan, gangguan atau serangan...

3 Kali Rogol Remaja...

KOTA BHARU - Seorang pemuda mengaku tidak salah di Mahkamah Sesyen pada Khamis...

Polis Buru Lelaki Menyamar Pegawai Kastam

BESUT – Polis sedang memburu seorang lelaki dipercayai menyamar sebagai pegawai kastam yang bergiat aktif membuat pemeriksaan rokok di kedai-kedai runcit di sekitar Besut.

Ketua Polis Daerah Besut Supt Mohd Zamri Mohd Rowi berkata pihaknya telah mengenal pasti identiti suspek melalui rakaman litar tertutup (CCTV) di sebuah kedai yang menjadi sasaran suspek di Kampung Batu Tumboh.

Beliau berkata suspek yang berusia 40 tahun dan beralamat di Taman Pelagat, Padang Luas, Jerteh dan pihak polis sebelum ini telah melakukan serbuan di kediaman suspek tetapi suspek tiada di rumah ketika itu.

“Kami percaya suspek menggunakan alasan untuk membuat pemeriksaan rokok dan bertindak memeras ugut pemilik kedai sekiranya mempunyai rokok seludup. Suspek sebelum ini dikatakan masuk ke kedai berkenaan dan memperkenalkan diri sebagai pegawai kastam dengan menunjukkan kad kuasa kepada pemilik kedai dan memberitahu ingin membuat pemeriksaan rokok di kedai itu.

“Namun pemilik kedai berasa ragu apabila kad yang ditunjukkan suspek tidak mempunyai apa-apa perkataan ‘Kastam’ tertera padanya,” katanya ketika sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Besut di sini, hari ini.

Menurut Zamri lagi, pemilik kedai berkenaan mengesyaki suspek menyamar sebagai pegawai kastam dan tidak membenarkan suspek membuat pemeriksaan di kedainya walaupun sebelum itu didesak suspek. Beliau kemudiaannya bertindak membuat laporan polis di IPD Besut.

“Kegiatan suspek ini sememangnya telah mencemarkan imej penjawat awam khususnya Jabatan Kastam Diraja Malaysia. Saya menyeru mana-mana pihak serta orang awam yang mempunyai maklumat mengenai suspek supaya menghubungi balai polis terdekat atau terus menghubungi IPD Besut di talian 09-6956222 atau 09-6959999,” katanya.


Dalam kes berlainan seorang guru wanita berumur 51 tahun di Besut kerugian RM272,000 setelah beliau menjadi mangsa penipuan Macau Scam dengan melakukan 67 transaksi kiriman wang ke beberapa buah akaun bank dari 25 hingga 29 Nov lalu.

“Mangsa dikatakan menerima panggilan daripada individu yang mengaku sebagai anggota polis dan menuduh beliau terlibat dalam pengubahan wang haram dan menyimpan wang yang banyak. Suspek kemudiannya meminta mangsa membersihkan wang simpanan milik mangsa dengan memindahkan wang itu ke akaun berlainan dan berjanji akan memindahkan kembali ke akaun mangsa.

“Guru itu juga dikatakan melakukan transaksi pemindahan wang itu tanpa pengetahuan suaminya dan bertindak membuat laporan polis apabila menyedari beliau telah ditipu pihak berkenaan,” katanya.

Justeru Zamri menasihatkan orang ramai agar tidak mudah percaya dan berhati-hati dengan panggilan yang diterima melibatkan mereka yang menyamar sebagai pihak polis mahupun pihak bank dan sebagainya. – BERNAMA

Kategori