Monday, October 28, 2024

Creating liberating content

Dua Parah Akibat Diserang...

KUCHING - Dua lelaki dikejarkan ke Hospital Umum Sarawak akibat cedera parah setelah...

Usaha Gabung UEM Sunrise,...

PUTRAJAYA - Usaha pihak tertentu supaya sebuah syarikat hartanah swasta yang dikaitkan dengan...

Ambank Hormati Undang-Undang Syariah...

KUALA LUMPUR - Kumpulan AmBank hari ini menegaskan ia sememangnya menghormati undang-undang Syariah...

Tun M Ragu-Ragu, Wawasan...

Menurut mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad, Wawasan 2020 yang ideanya dicetuskan...

Polis Johor Tingkat Pemantauan & Rondaan Sempena Perayaan Natal & Tahun Baru

JOHOR BAHRU – Polis Johor meningkatkan pemantauan dan rondaan di pusat-pusat tumpuan orang ramai bagi mengekang kejadian jenayah daripada berlaku bersempena sambutan perayaan Natal dan tahun baru yang akan tiba tidak lama lagi.

Ketua Polis Johor Datuk Mohd Khalil Kader Mohd turut memberi jaminan bahawa tahap keselamatan di Johor setakat ini pada tahap yang baik, aman dan sejahtera.

“Seluruh masyarakat disarankan agar sentiasa menjaga keselamatan diri, harta benda dan keluarga, bagi yang pulang ke kampung halaman berhati-hati ketika memandu dan memaklumkan ketiadaan anda kepada jiran.

“Saya juga ingin mengucapkan Selamat Hari Natal kepada semua penganut agama Kristian dan tahun baru kepada seluruh Masyarakat di Malaysia khususnya negeri Johor,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Beliau turut menyarankan agar orang ramai memanfaatkan penggunaan aplikasi Volunteer Smartphone Patrol (VSP) ataupun pergi ke balai polis berhampiran bagi menyalurkan maklumat jenayah di sekeliling mereka. – BERNAMA

Kategori