Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Budak Maut Dibedah Tekak...

HENAN – Malang menimpa seorang budak berusia 11 tahun, Yang Chin, yang mati dalam...

Gambar Gadis Lempar Kucing...

KETIKA satu Malaysia sibuk bercakap tentang kecomelan penjual dan keenakan Nasi Lemak Anak...

AIM Batu Loncatan Bangun...

KUNAK - Bagi Rosminah Laangku, seorang pengusaha salun dan produk kecantikan di Kunak,...

SPRM Rujuk Keputusan Peguam...

PUTRAJAYA - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan merujuk keputusan Peguam Negara Tan...

Polis Nilai Semula Kawalan Keselamatan Di Kuil Sri Maha Mariamman

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan menilai semula tahap keselamatan di Kuil Sri Maha Mariamman, USJ 25, Subang Jaya sebelum membuat keputusan berhubung penugasan anggota polis di kawasan itu.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun, berkata satu mesyuarat akan diadakan pada petang ini untuk membincangkan tindakan selanjutnya yang perlu dilakukan khususnya untuk mengurangkan jumlah anggota yang mengadakan kawalan keselamatan.

Saya akan berbincang dengan Polis Selangor petang ini mengenai keadaan terkini keselamatan di kuil dan kawasan sekitarnya.

“Buat masa ini, tiada sebarang ancaman terhadap tahap keselamatan dan jika ia berterusan kita mungkin akan kurangkan jumlah anggota yang mengadakan kawalan keselamatan di sana kerana ia membabitkan kos.

“Bagaimanapun kita tidak boleh ambil mudah perkara itu, sebab itu polis terus memantau kawasan kuil dan pusat beli belah yang terbabit dalam kekecohan tempoh hari.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri program Ronda Cegah Jenayah Ketua Polis Negara bersama pelatih Pusat Latihan Polis (PULAPOL) Kuala Lumpur di sekitar Pasir Seni, di sini, hari ini.

Turut hadir, Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti Bukit Aman, Datuk Seri Rosli Ab Rahman, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Mazlan Lazim dan Ahli Parlimen Bukit Bintang, Fong Kui Lun.

Tambah Fuzi, jumlah tangkapan terkini kes rusuhan di kuil adalah 106 orang.


Mengulas mengenai perhimpunan membantah ratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD), Fuzi berkata tiga individu akan dipanggil petang ini untuk dirakam keterangan mereka.

“Kita panggil kerana kita mendapati ada pelanggaran undang-undang mengikut Akta Perhimpunan Aman 2012 (APA 2012) di mana masih ada yang membawa kanak-kanak.

“Kita mahu rakam keterangan penganjur, mereka sudah berjanji tidak melanggar APA 2012, tetapi ia masih berlaku,” katanya.

Difahamkan, penganjur akan dirakam keterangan mereka di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi, petang ini. – BH Online

Kategori